2019 – Yamaha Tracer 700 GT diperkenalkan

3684

Seperti yang Tester katakan, industri motosikal sungguh laju, belum hadam tentang motosikal yang baru di viralkan, kini timbul lagi model terbaru. Persaingan sengit antara pengeluar motosikal dari Jepun cukup hebat. Terkini Yamaha Tracer 700 GT diperkenalkan.

Terkadang dapat dilihat pengeluar motosikal dari Eropah dan USA ketinggalan dalam menghasilkan model motosikal terkini. Namun tidak kepada pengeluar motosikal dari Jepun.

Yamaha Tracer 700 GT
Yamaha Tracer 700 GT

Terbaru, Yamaha telah mendedahkan model Tracer 700 yang popular dan menerima speksifikasi GT untuk 2019. Antaranya melibatkan skrin turbo, kerusi berlapis lembut dan luas juga selesa. Berserta satu set side box 20 liter yang sepadan dengan warna.



Enjin berkapasiti 689cc, silinder berkembar selari, enjin silang, dipinjam dari MT-07, tangki bahan api 17 liter (walaupun lebih kecil daripada standard 700), motosikal ini teramat sesuai untuk tunggangan jarak jauh.

Yamaha Tracer 700 GT
Yamaha Tracer 700 GT

Model ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna; Phantom Blue, Tech Black and Nimbus Grey.

Maklumat lanjut akan kami berikan setelah selesai pameran Intermot di Cologne.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here