Ford Ranger terus ‘Tough’

2050

Ford Ranger yang mendefinisikan semula segmen trak pikap terus popular di Malaysia apabila jualannya melonjak 61 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding tahun lalu dengan 2,245 unit berjaya dijual.

Angka jualan yang kukuh itu membantu Ranger meningkatkan perkongsian pasarannya dalam segment trak pikap. Ia apabila naik 1.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 15.3 peratus.

“Ranger membantu memacu mengukuhkan segmen trak pikap secara keseluruhannya. Ini banyak dibantu oleh kepakaran kami dalam menghasilkan trak dan kekuatan Ford di peringkat global.



Ford Ranger

“Kelasakan, keupayaan dan keselesaan Ranger terus menjadi penanda aras dalam sektor trak pikap satu tan”, kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong.

Ford Ranger (Built Ford Tough) – Trak paling laris

Built Ford Tough’ Ranger merupakan antara trak paling laris di pasaran sehingga menarik perhatian kelompok pengguna lebih luas yang menghargai aspek versatiliti. Seterusnya menjadikannya sesuai untuk apa jua keperluan kerja dan gaya hidup.

Ford Ranger
Ford Ranger

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz berkata pihaknya yakin momentumnya akan berterusan di Malaysia dengan pelancaran Ranger baharu pada akhir bulan ini.

“Tarikan Ranger di pasaran Malaysia kekal kukuh,” katanya.

Ciri-ciri Ford Ranger

Dikuasakan enjin empat silinder Duratorq dengan pengecas turbo bersesaran 2.2L, Ranger baru menawarkan keupayaan mengagumkan.

Kenderaan lasak ini berkemampuan menunda bebanan sehingga 3,500 kilogram (kg), mengharungi air mencecah 800 milimeter (mm) mendahului kelasnya. Serta kapasiti mengangkut beban luar biasa.

Rangkaian teknologi termaju dan ciri lebih pintar ditawarkan untuk membantu pemandu kekal terhubung serta sentiasa dalam kawalan.

Ini termasuklah ciri ketersambungan SYNC 3 dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto yang meningkatkan lagi aspek kemudahannya.

Ford Ranger

Di samping itu, varian Wildtrak turut menawarkan ciri Lane Departure Warning and Assist, Forward Collision Alert; Mitigation, 4×4 shift-on-the-fly, Adaptive Cruise Control, sistem MyKey R dan Electronic Locking Rear Differential menjadi nilai tambah untuk model ini.

Bagi memberi sokongan lebih baik kepada para pelanggan Ranger di seluruh negara, Ford dan Sime Darby Auto Connexion akan meneruskan usaha untuk meningkatkan pengalaman pemilikan. Ini merangkumi proses pengembangan dan naik taraf para pengedar Ford di seluruh negara.

Ford Ranger Office

Sejak setahun lalu, Ford dan Sime Darby Auto Connexion mengumumkan pembukaan empat kemudahan pengedar Ford yang baru dan telah dinaik-taraf. 

Ini termasuklah Acecourt Auto Sdn Bhd (Acecourt Auto), SNS Kembara Utama Sdn Bhd (SNS Kembara), Sime Darby Auto Connexion (Kuching) dan Sime Darby Auto Connexion (Kota Kinabalu).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here