Ranger baharu Ford dengan teknologi terulung di Malaysia

1880

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) mendedahkan lebih banyak perincian tentang model Ford Ranger terbaharu. Antara model yang bakal dilancarkan pada hujung bulan ini adalah model Ranger Wildtrak, XL, dan XLT.

Manakala model Ranger Raptor pula itu bakal diperkenalkan sewaktu Kuala Lumpur International Motor Show 2018 yang bakal dilangsungkan pada November depan.

Pelbagai ciri dinaik taraf pada trak baharu ini termasuklah enjin diesel generasi baru 2.0L Bi-turbo yang pertama dan terulung dalam kelasnya.



Enjin yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan itu dipasang pada model Ranger Raptor dan Wildtrak. Transmisi yang sama juga dipasangkan pada varian Raptor, Wildtrak dan XLT+.

Ford Ranger enjin kecil paling berkuasa

Ranger baharu ini ditambah baik dengan memiliki enjin paling kecil dan paling berkuasa dalam pasaran trak pikap. Ia juga mempunyai prestasi penjimatan bahan api yang luar biasa.

Trak pikap ini dilengkapi dengan lebih banyak teknologi pintar dan bantuan pemandu yang inovatif. Hal ini seiring dengan inspirasinya sebagai sebuah pikap untuk apa jua gaya hidup.

Ciri lain yang dijanjikan pada jentera ini ialah Parkir Selari Separa Automatik . Ia memastikan urusan parkir menjadi lebih mudah di laluan yang sempit di bandar. Ciri ini menjadikan ia sebagai trak pikap pertama di Malaysia dengan kebolehan parkir sendiri.

Trak ini juga dilengkapi dengan sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan & Pejalan Kaki. Sistem ini berfungsi untuk mengesan pejalan kaki dan kenderaan sebelum memberi amaran kepada pemandu melalui isyarat bunyi.

Lebih istimewa, ia dilengkapi dengan Pengangkat Pintu But yang akan memudahkan proses mengangkut dan mengeluarkan barang-barang. Ia melibatkan satu bar kilasan untuk membuatkan urusan mengangkat dan menurunkan pintu belakang menjadi lebih mudah.

Trak baharu ini juga dilengkapi dengan Amaran Pelanggaran Hadapan, Amaran & Bantuan Perubahan Laluan, dan Kawalan Jelajah Mudah Suai.

Inilah ciri-ciri yang membezakan Ford Ranger daripada trak-trak pikap jenama lain yang memberikan keselesaan dan keselamatan dengan teknologi tercanggih kepada pengguna mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here