Fun Bikes untuk si kecil keluaran Honda

1151

Honda telah mengeluarkan jentera yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak dipanggil Fun Bikes dan sangat sesuai untuk mereka yang baru mula belajar menunggangnya.

Honda CRF50F

Ianya bermula dengan CRF50F yang sangat popular daripada Honda. Jentera ini bersaiz kecil namun sesuai sebagai permulaan kerana ia hadir dengan klac automatik.

Ia memudahkan si kecil untuk menukar gear tanpa perlu bimbangkan jentera itu akan terhenti.



Honda CRF125F

Terdapat juga model Fun Bikes yang lebih besar namun mudah ditunggang dan sangat mudah di kendali iaitu model CRF125F/CRF125FB.

Anak-anak anda pasti akan gembira jika ianya dijadikan sebagai hadiah kepada mereka. Ditambah pula dengan aksesori seperti topi keledar, jaket dan sarung tangan.

Jentera itu hadir dengan silinder tunggal 149cc dan enjin empat-lejang dan casis yang sesuai untuk kanak-kanak.

Honda TRX90X

Jika anda inginkan jentera beroda empat, TRX90X merupakan pilhan yang paling sesuai untuk anak anda.

Ia dilengkapi dengan enjin empat lejang 86cc dan merupakan varian ATV yang lebih besar berbanding model lain untuk kanak-kanak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here