Selamat Tinggal Victoria Bike Festival

1676

Berlabuhnya tirai 3rd Victoria Bike Festival 2018, bermakna berakhirnya acara perkumpulan tahunan motosikal di Pulau Labuan. Dan secara automatik Nama Victoria Bike Festival juga tinggal kenangan buat selama-lamanya.Itu lah ucapan penutup penuh dengan kesyahduan dari penganjur,Maraffandie Mohd Kassim.

2016 dengan berani hati dan nekad menyahut cabaran mengadakan acara perkumpulan Motosikal Terbesar Di Bumi Labuan.Bukan calang-calang orang yang berani menyahut cabaran yang pastinya memerlukan modal yang besar,komitmen yang tinggi serta pengalaman yang luas di dunia dua roda.



Namun cabaran tersebut tetap di harungi oleh anak jati Labuan seperti Marraffandie Mohd Kassim.Pulau Labuan yang sememangnya terkenal dengan pelbagai keindahan semulajadi merupakan Hub pelancongan.Maka atas daya usaha beliau,tercatat lah nama Victoria Bike Festival di Pulau Labuan.

Dunia motosikal yang tiada batasnya merupakan satu aktiviti yang sihat serta mendapat tempat di hati rakyaat Malaysia.Malahan di Labuan grup permotoran boleh dikatakan pelbagai, namun hubungan antara grup atau pemilik agak terbatas dek kekangan tugas harian.

Ujudnya Victoria Bike Festival jelas memperlihatkan hubungan pemilik motosikal setempat serta pemilik motosikal dari luar Labuan dapat di eratkan lagi sepanjang berlangsungnya bike Festival.

Kalau  di kaji sebenarnya, kehadiran Victoria Bike Festivaldi Pulau Labuan ini boleh di kategorikan rezeki datang bergolek. Tiga hari acara tersebut berlangsung,maka selama itu lah perkhidmatan feri dari Tanah Besar ke Pulau Labuan dipenuhi pelbagai jenis motosikal yang keluar masuk. Pengusaha hotel mendapat tempahan bilik secara mendadak.Peniaga kedai makanan serta lain-lain dapat merasakan kenikmatannya hasil dari acara tersebut.

Faktor paling menyerlah serta mengamit pengunjung luar datang ke Labuan adalah Victoria Bike Festival merupakan acara kedua perhimpunan motosikal terbesar di Negeri Sabah selain dari Kota Kinabalu.

Selama 3 tahun acara berjaya menarik peminat motosikal berkunjung ke Labuan,mengapa  secara drastik akan hilang. Apa punca dan apa sebabnya? Sedangkan acara tersebut menjana ekonomi peniaga setempat.

Acara yang berjaya mencungkil bakat tersembunyi di bidang nyanyian.Bukannya acara yang menghuru harakan masyarakat setempat.

Hotel-hotel yang ketandusan penghuni akibat kemerosotan ekonomi, seolah-olah mendapat bonus dengan di penuhi oleh pemilik motosikal. Kedai-kedai makan yang selama ini agak kesunyian di penuhi dengan gelagat mat motor yang nyata bukannya anak tempatan.

Jika di kaji dari segi kehadiran pengunjng ke acara Victoria Bike Festival,amat mengalakan.Pengunjung dari luar saban tahun meningkat. Tahun 2016 seramai 2,600 orang iaitu pada tahun pertama acara di perkenalkan.

Tahun 2017, kehadiran 3,800 pengunjung dari luar memenuhi acara. Dan 2018 cukup mengalakkan iaitu 5,200 orang berjaya di catat hadir ke acara tahunan perkumpulan motosikal terbesar di Pulau Labuan.

 

Apakah kehadiran pengunjung sebegitu ramai selama 3 hari belum memenuhi kuota pihak yang berwajib dalam “ERA”mempopularkan Labuan. Adakah acara perkumpulan motosikal di Pulau Labuan selama 3 tahun dianggap tidak menjana ekonomi peniaga tempatan. Atau adakah perkumpulan motosikal di Labuan dianggap menyusahkan.

Bukti jelas menunjukkan acara ini berjaya menarik pelancong luar iaitu dengan kunjugan pemilik motosikal dari luar negara. Ia membabitkan pengunjung daripada Jepun, Indonesia, Australia, China, Singapura, U.K dan juga jiran tetangga Brunei. Malahan tidak di nafikan vendor-vendor dari semenanjung serta pemilik motosikal juga tidak serik untuk berniaga dan berkunjung.

Cukup merugikan kerana di Negeri Sabah, acara perkumpulan motosikal Terbesar hanya di dua tempat sahaja iaitu Kota Kinabalu dan Labuan. Namun dengan “Berkuburnya” acara di pulau Labuan nanti. Sudah semestinya tumpuan para pemilik motosikal hanya di Kota Kinabalu serta acara perhimpunan motosikal yang diadakan di Negeri Sarawak sahaja.

Persoalannya kenapa tidak ada pihak yang menyokong acara ini di teruskan? Sokongan sahaja tidak mencukupi tanpa bantuan…Dana….bantuan lojistik. Sokongan sebegini yang di dambakan oleh penganjur bagi merelisasikan acara tanpa sebarang kecacatan.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here