Ford ingin basmi bau “kereta baru” di China

1292

Kebanyakkan pembeli kereta sukakan bau kereta baru  dan ia dianggap sebagai bau yang menyenangkan.

Bau itu yang dinantikan apabila membeli kereta baru sama seperti pencinta buku yang selalunya sukakan bau buku baru, namun ianya berbeza di China.

Rata-rata pembeli kereta baru di China tidak sukakan aroma kereta baru dan Ford ingin mencari jalan supaya kereta keluaran mereka bebas “bau”.



Menurut laporan Reuters,  Ford telah pun menjalankan ujian untuk menghilangkan bau kereta baru pada keluaran mereka. Namun kini Ford telah memfailkan satu paten baru untuk menghilangkan bau kereta baru.

Paten itu memudahkan kita untuk memahami dari mana bau itu terhasil yang menyebabkan kebanyakan kereta baru mempunyai bau yang seakan sama.

Bau terhasil daripada bahan yang diguna

Bau tersebut sebenarnya terhasil daripada sebatian organik yang terdapat pada komponen dalaman kereta seperti kulit, plastik, vinil dan banyak lagi.

Kebiasaannya ruang dalaman kereta akan membebaskan sejenis gas dalam suatu jangka masa. Gas yang terhasil daripada setiap komponen menghasilkan bau didalam kereta baru itu. 

Bahan pelekat yang digunakan juga menyumbang kepada terhasilnya bau itu sama seperti pencuci cermin.

Pembeli dari China tidak sukakan bau toksik yang menyebabkan bau kereta baru tidak menyenangkan bagi mereka.

Reuters melaporkan bahawa bau kereta baru lebih diberi perhatian berbanding masalah-masalah lain seperti masalah enjin, bunyi yang bising dan petrol.

Ford menubuhkan satu kumpulan yang terdiri daripada 18 orang penilai untuk mengkaji material mana yang menyebabkan bau yang paling kuat. Hal ini dilakukan supaya mereka boleh mencari cara untuk menghapuskan bau itu.

Ford mendapati bahawa bau itu akan menjadi lebih kuat apabila kereta diletakkan dibawah cahaya matahari.

Sistem yang terbina daripada paten itu akan memasang penghawa dingin secara automatik apabila suhu dalam kereta meningkat untuk elak bau daripada terhasil.

Bau kereta baru yang dianggap tidak menyenangkan ini hanya menjadi satu isu di China namun berbeza di Amerika Syarikat. Pembeli di Amerika Syarikat pula inginkan bau kereta baru pada kereta yang mereka beli.

Bagaimana pula dengan pembeli kereta baru di Malaysia? Adakah anda sukakan bau kereta baru atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda kepada kami di ruangan komen yang disediakan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here