Kereta elektrik bakal simpan kuasa pada badan gentian karbon- tidak lagi guna bateri

1801

Suatu hari nanti kereta elektrik bakal simpan kuasa pada badan gentian karbon dan tidak lagi perlu gunakan bateri yang berat.

Satu kajian daripada Universiti Teknologi  Chalmers di Sweden menunjukkan bahawa gentian karbon boleh berfungsi sebagai elektrod seperti dalam bateri litium-ion.

Tanpa penggunaan bateri, berat badan kereta dapat dikurangkan dan jarak penggunaan dapat ditingkatkan dengan penyimpanan kuasa dalam badan gentian karbon.



Pengkaji telah menguji pelbagai jenis bahan gentian karbon. Hasil kajian menunjukkan bahawa gentian karbon dengan kristal yang kecil dan tidak begitu tersusun dapat berfungsi sebagai elektrod.

struktur penyimpanan kuasa pada badan gentian karbon

Gentian karbon sudah pun menjadi satu bahan yang sering digunakan pada kenderaan dalam industri automotif. Ini disebabkan oleh sifatnya yang ringan dan tahan lasak.

Penggunaan gentian karbon pada kereta dapat mengurangkan 50% berat kereta berbanding penggunaan logam lain.

Kumpulan pengkaji daripada universiti itu masih lagi bekerjasama dengan pengkaji dari industri automotif dan penerbangan untuk mencari alternatif dan manfaat penggunaan gentian karbon pada kenderaan.

Penemuan itu bakal menjadi titik tolak yang mungkin akan membawa satu perubahan serta beri manfaat kepada industri automotif dan penerbangan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here