Adakah ini SUV pertama Proton?

1379

Nampaknya kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton sudah hampir untuk dilancarkan buat negara ini.

Ini berikutan beberapa pendedahan gambar di media sosial yang menyiarkan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad diberi peluang untuk melihat dan pandu uji SUV berkenaan.



Berdasarkan gambar itu, turut kelihatan pihak pengurusan atasan Proton. Malah kelihatan SUV itu menggunakan versi pemanduan sebelah kanan.

Berdasarkan spesifikasi sebelum ini, ia menggunakan enjin 1.8L TGDi yang dipadankan kotak gear automatik enam kelajuan.

Rangkaian kuasa dengan bantuan turbo itu dikatakan menyalurkan 181hp dan tork setinggi 285Nm.

Selain itu, SUV berkenaan dikatakan dilengkapi fungsi mod ECO dan SPORT, manakala ciri keselamatan bakal didatangkan pelbagai teknologi terkini.

Difahamkan ia akan dilengkapi Kawalan Jelajah Adaptif, Amaran Lencong, Pengesan Titik Buta, Kamera 360 darjah, Sambungan Internet 4G dan Kawalan Jauh Telefon Pintar.

Berdasarkan dimensi Geely Boyue, ia memiliki dimensi yang berukuran 4.5 meter panjang dengan lebar (1.8 meter) dan tinggi (1.6 meter).

Sumber gambar: CHEDET

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here