Warna baru Honda CB250R 2019

2909

Boon Siew Honda telah mengumumkan warna baru untuk barisan Honda CB250R Neo Sports Cafe 2019. Berkategori naked, Honda CB250R dengan satu silinder dan merupakan gabungan dari reka bentuk klasik dan moden serta bersesuaian dengan nama Neo Sports Café.

Warna baru Honda CB250R - Candy Kromosmfera Merah
Warna baru Honda CB250R – Candy Kromosmfera Merah

Campuran elemen gaya moden dan lampu bulat di depan dengan penyudah yang menarik mengingatkan kita kepada zaman CB Klasik.

Warna baru Honda CB250R - Grafit Hitam
Grafit Hitam

Motoqar belum berpeluang untuk menguji Honda CB250R. Namun kami akan menyampaikan info terkini agar menjadi pedoman kepada peminat motosikal berkuasa tinggi peringkat permulaan ini.



Warna baru Honda CB250R - Crypton Silver Metallic
Crypton Silver Metallic

Honda CB250R ini boleh didapati dalam tiga warna, Candy Kromosfera Merah, Grafit Hitam dan Crypton Silver Metallic.

Terdapat dua harga yang berbeza iaitu untuk warna Pilihan Kromosfera Merah Candy berharga dari RM 23,499.00. Warna grafit Hitam dan Crypton Silver Metallic berharga dari RM 22,999.00. Semua harga tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here