Tawaran eksklusif Naza untuk Kia, Peugeot, Ducati dan Vespa

2772

Dengan Hari Raya tidak lama lagi, Naza Automotive Group memberi tawaran promosi eksklusif sepanjang Ramadan ini. Tidak kiralah anda mahukan sedan, MPV, SUV, skuter atau superbike, Naza pasti ada sesuatu untuk anda.

Kia

Imej: Kia

Dengan pembelian model Kia terpilih, Naza Kia Malaysia akan memberikan pelanggan pakej percutian bernilai RM10,000 untuk Hari Raya ini ke destinasi pilihan pelanggan sebagai tawaran eksklusif.

Dan hanya dengan memandu uji mana-mana model Kia dari sekarang hingga 30 Mei, anda akan memperoleh cenderahati Kia. Untuk maklumat lanjut, layari www.kia.com/my/main.



Peugeot

Peugeot
Imej: Peugeot Malaysia

Peugeot Malaysia memberi ganjaran kepada pelanggannya di musim perayaan ini dengan kempen Peugeot Raya Drive. Pelanggan boleh berjimat sehingga RM18,000 dengan harga bonus Raya untuk model Peugeot terpilih.

Ini termasuklah Peugeot 208 PureTech dan Peugeot 5008 yang didatangkan dengan servis percuma 3 tahun. Peugeot 3008 pula ditawarkan dengan jaminan 5 tahun, servis percuma 3 tahun dan insurans percuma 1 tahun. Layari www.peugeot.com.my untuk maklumat lanjut.

Ducati

Imej: Shannons

Bagi Ducati pula, beberapa tawaran menarik dijalankan dari sekarang hingga 15 Jun. Bermula dengan pakej Ducati Service Balik Kampung, peminat boleh berjimat sehingga 25% untuk Desmo Service Package dan 30% untuk komponen penyelenggaraan.

Dengan pembelian model-model seperti Panigale V4S, Monster 821, dan barisan Scrambler, pemilik layak mendapat program Ducati Smart Service dan sesi DRE Racetrack Academy. Ikuti laman Facebook Ducati Malaysia untuk tidak ketinggalan pengumuman penting.

Vespa

Vespa - Tawaran eksklusif Naza
Imej: Vespa Malaysia

Untuk Vespa, pelanggan boleh menerima aksesori rasmi Vespa bernilai RM4,000 denga nsetiap pembelian Vespa GTS 300 Super Sport di musim perayaan ini. Aksesori ini meliputi Top Box, pad penyandar belakang, skrin depan, penyangkut belakang krom dan penutup transmisi aluminium.

Layari www.vespa.com/my untuk maklumat terperinci.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here