Plus Malaysia Berhad sumbang kenderaan kepada JPJ

4461

Sebanyak 10 kenderaan penguatkuasa yang baru sudah diagihkan kepada tiga zon iaitu zon utara, zon tengah dan zon selatan dalam satu Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasa kepada Unit Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR) di Putrajaya, hari ini.

10 buah kenderaan itu adalah kenderaan yang disumbang PLUS Malaysia Berhad pada 16 Mei yang lalu bagi membuat penguatkuasaan di lebuhraya seliaan PLUS.



Semua kenderaan yang terbabit diagihkan kepada ketua-ketua zon yang terbabit. Ia membabitkan tiga unit di setiap zon tengah, selatan dan utara, manakala sebuah lagi ditempatkan di Ibu Pejabat JPJ.

Kit kenderaan disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Turut hadir, Pengarah Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ, Tuan Khairul Anwar Bachok serta pegawai-pegawai kanan dari negeri terbabit.

Kredit Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here