Aston Martin Mk II buruk untuk dijual RM291,200

3080

Berikutan ia cukup unik, Aston Martin Mk II buatan 1936 yang berkarat dan kelihatan uzur selepas disimpan dalam garaj selama 50 tahun bakal dijual £55,000 (RM291,200).

Buat pengetahuan anda, kereta Aston Martin ini hanya dibina sebanyak 24 unit. Kini, hanya ada beberapa kenderaan sahaja yang masih wujud. Ia juga menggunakan enjin 1.5 liter dengan empat silinder.

Aston Martin Mk II
Aston Martin Mk II

Jentera yang anda lihat ini, ia adalah kepunyaan mendiang Philip Kenyon iaitu seorang jurutera elektrik selepas dibeli pada 1951 dengan hanya berharga £300 (RM1,588)



Kenderaan itu dipandu hampir 20 tahun, selepas disimpan dalam stor pada 1971. Ia disimpan selepas kabel brek tangannya rosak dan dibiarkan berkarat hampir 5 dekad.

Selepas kematian Kenyon, anaknya menjual kenderaan berkenaan pada H&H Classics di Warrington, Cheshire.

Berdasarkan keadaannya, jentera itu masih boleh dijual pada harga tinggi yang boleh mencecah £55,000 (RM291,200).

Ada pakar mendakwa, proses restorasi itu boleh mencecah £100,000 (RM529,455), tetapi selepas siap, nilainya boleh mencecah £200,000 (RM1.06 juta).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here