Balik Raya: Ramalan dan tips pemanduan oleh Waze

1709

Dengan berakhirnya bulan Ramadan, satu cabaran yang baru pula muncul: perjalanan Balik Kampung untuk menyambut Hari Raya.

Balik Raya: Ramalan dan tips pemanduan oleh Waze
Balik Raya: Ramalan dan tips pemanduan oleh Waze

Berikut ialah beberapa ramalan trafik Waze yang boleh anda jangkakan semasa memandu pulang ke kampung halaman untuk perayaan tahun ini:

Ramalan 1: Akan Terdapat Lebih Ramai Rakyat Malaysia di Jalan Raya

Berdasarkan data Waze dari tahun 2018 dan sempena percutian sekolah musim Raya, Waze meramalkan bahawa akan terdapat peningkatan sebanyak 18% bilangan pengguna aktif jalan raya berbanding apa yang selalu diperhatikan ketika satu minggu biasa.



Ramalan 2: Rakyat Malaysia akan Meluangkan Lebih banyak Masa di Atas Jalan

Secara purata, rakyat Malaysia meluangkan sebanyak 72 minit sehari di jalan raya. Tetapi masa tersebut dijangkakan akan meningkat ketika Raya kerana Waze meramalkan peningkatan sebanyak 15%. Dimana bersamaan dengan 83 minit masa yang diluangkan di jalan raya.

Jarak yang diliputi oleh para pengguna jalan juga dijangkakan meningkat sebanyak dua kali ganda. Dari 56km sehari seperti yang diperhatikan dalam satu minggu biasa.

Ramalan 3: Rakyat Malaysia, Makanan dan Membeli-Belah

Rakyat Malaysia mencatatkan sebanyak 7.2 juta navigasi berkaitan dengan makanan dan 9.7 juta navigasi berkaitan dengan membeli-belah menggunakan Waze secara bulanan. Dan nombor itu dijangkakan akan meningkat semasa percutian Hari Raya ini.

Beberapa Tips Waze di Hujung Jari Anda

Semasa musim perayaan, ia tidak masuk akal untuk anda duduk di rumah, tetapi apakah yang boleh anda lakukan apabila terdapat banyak kereta berada di jalan-jalan raya?

  • Biar Waze sentiasa dipasang ketika memandu
    • Waze mencadangkan para pengguna untuk membiarkan aplikasi tersebut terpasang apabila memandu untuk mendapat data trafik dalam masa sebenar bagi membantu mereka mengagak masa pemanduan mereka dengan lebih tepat.
  • Pilih laluan-laluan anda
    • Waze turut mencadangkan penggunaan Laluan di dalam aplikasi itu yang akan memeriksa laluan mana yang menawar masa ketibaan yang paling cepat. Alternatifnya, para pengguna boleh memilih laluan yang lebih senang atau dikenali, termasuklah jalan tanpa tol.
  • Mainkan lagu

Untuk maklumat lanjut, layari www.waze.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here