Grand Prix Perancis – Ferrari dilanda dilema

1379

FERRARI berkata mereka membayangkan akan berdepan laluan berliku berbanding Mercedes pada Grand Prix Perancis, hujung minggu ini.

Sebastian Vettel menang pada perlumbaan terakhir minggu lalu di litar Kanada sebelum dirampas kemenangannya selepas dikenakan penalti berikutan memandu secara bahaya.Sebastian Vettel

Boss pasukan Ferrari, Mattia Binotto berkata, litar di Grand Prix Perancis mungkin tidak sesuai dengan kereta mereka.



“Paul Ricard adalah litar yang agak sukar bagi kami tahun lalu dan kami tahu litar sebegini bukan menjadi pilihan utama kami,” kata Binotto.

Bagaimanapun, boss F1 Mercedes, Toto Wolff berkata, kelebihan kelajuan jentera Ferrari boleh mendatangkan hasil buat pasukan Itali itu.

“Kami jangkakan satu lagi cabaran sengit di Perancis,” kata Wolff.

“Litar berkenaan hampir sama dengan Montreal dan laluan lurus yang panjang akan memberikan cabaran besar kepada kami.

“Begitupun, berbanding Kanada, selekoh di beberapa pusingan memerlukan tahap kawalan serta kemahiran tinggi, yang mungkin mampu memberi kelebihan. Kami perlu strategi betul.Sebastian Vettel

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mendominasi perlumbaan di Perancis tahun lalu, selepas Vettel bertembung dengan Valtteri Bottas di pusingan pertama.

Info Tambahan :

Scuderia Ferrari adalah bahagian lumba pengeluar kereta Itali mewah Ferrari dan pasukan lumba yang bersaing dalam perlumbaan Formula Satu. Pasukan ini juga dijuluki “The Prancing Horse“, dengan merujuk kepada logo mereka.

Ia adalah pasukan Formula Satu yang paling lama dan berjaya, yang telah bertanding dalam setiap kejohanan dunia sejak musim Formula Satu 1950. Pasukan ini diasaskan oleh Enzo Ferrari, pada mulanya untuk kereta lumba yang dihasilkan oleh Alfa Romeo. Walaupun pada tahun 1947 Ferrari telah mula membina kereta sendiri.

Antara pencapaian pentingnya di luar Formula Satu ialah memenangi Kejuaraan Sukan Dunia, 24 Jam Le Mans, 24 Jam Spa, 24 Jam Daytona, 12 Jam Sebring, Bathurst 12 Jam, perlumbaan untuk Grand tourer dan perlumbaan di jalan raya Targa Florio, Mille Miglia dan Carrera Panamericana.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here