Perjalanan 12,000 penumpang kereta api di Jepun terganggu kerana seekor lintah bulan

457

Sedia maklum bahawa Jepun mempunyai sistem pengangkutan kereta api yang sangat efisien. Jadi, apabila perkhidmatan itu terganggu, ia pasti menimbulkan kekecohan dalam kalangan penumpang.kereta api 

Baru-baru ini,  gangguan bekalan elektrik telah menjejaskan perjalanan puluhan kereta api di sana. Apa yang lebih mengharukan, semua itu berlaku disebabkan oleh seekor lintah bulan. 

Syarikat pengendali kereta api,  Kyushu Railway Co. (JR Kyushu) memberitahu gangguan itu mengakibatkan perjalanan 12,000 orang pengguna tertangguh. JR Kyushu dilapor terpaksa membatalkan operasi ke 26 laluan dan menggangguhkan beberapa perkhidmatan lain. 

Selepas beberapa minggu, JR Kyushu akhirnya menemui punca masalah tersebut. Seekor lintah bulan dikatakan berjaya masuk ke dalam peranti bekalan elektrik yang diletak berhampiran landasan kereta api. Pada awalnya, mereka menyangka ia berpunca daripada peranti pepijat. 

“Kami berjaya menjejaki peranti yang bertanggungjawab ke atas kegagalan bekalan tenaga elektrik. Tidak sangka bahawa masalah sebenarnya berpunca daripada bangkai seekor lintah bulan. Ia hangus terbakar selepas menyebabkan peranti tersebut mengalami litar pintas,” kata seorang jurucakap JR Kyushu. Kereta api

Menyifatkan kejadian ini sebagai amat jarang berlaku, JR Kyushu sebaliknya memberitahu pihaknya selalu berhadapan dengan insiden rusa dilanggar kereta api dan bukan kerana lintah bulan.

Syarikat Keretapi Kyushu, yang juga dikenali sebagai JR Kyushu, adalah salah satu syarikat konstituen Kumpulan Keretapi Jepun (JR Group). Ia mengendalikan perkhidmatan kereta api antar bandar di Kyushu, Jepun dan perkhidmatan hydrofoil JR Kyushu Jet Ferry Beetle di Selat Tsushima antara Fukuoka dan Busan, Korea Selatan. Ia juga mengendalikan hotel, restoran, dan kedai ubat di rantau perkhidmatannya. Ibu pejabat JR Kyushu berada di Hakata-ku, Fukuoka.

Apabila Keretapi Kebangsaan Jepun dibahagikan pada tahun 1987, Kyushu Railway Company mewarisi aset dan operasinya di pulau Kyushu bersama dengan kerugian sebanyak 28.8 bilion yen, yang diburukkan lagi oleh rangkaian lebuh raya yang semakin meningkat di Kyushu dan sebilangan besar garis luar bandar yang digunakan secara ringan

Komen anda mungkin membantu