Nikmati Program Lanjutan Jaminan untuk motosikal Yamaha baharu anda

1872

Pelanggan-pelanggan Yamaha di Malaysia kini boleh menikmati lebih nilai produk dan perlindungan lebih lama untuk motosikal mereka dengan pengenalan program Jaminan Lanjutan baharu.

Mereka kini akan dilindungi untuk tambahan satu tahun, lebih dari jaminan pengeluar satu tahun yang disediakan pada masa ini yang diberikan dengan pembelian motosikal Yamaha baharu. Program ini meliputi dua tahun jaminan, atau sehingga 20,000km, yang mana dahulu.



Jaminan ini hanyalah untuk motosikal yang didaftarkan pada atau selepas 1 Julai 2019 dan meliputi semua model Yamaha yang dikeluarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM Malaysia).

Menurut Dato’ Jim Khor, pengarah urusan HLYM, mereka berharap pengenalan ini dapat meningkatkan keyakinan pengguna serta daya saing Yamaha dalam industri automotif di Malaysia.

HLYM turut mengenakan senarai semak pra-penghantaran untuk memberi manfaat kepada pelanggan semasa menerima motosikal baharu mereka.

Pengesahan dilakukan untuk memastikan semua motosikal dihantar dalam keadaan terbaik demi kepuasan pelanggan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here