Grand Prix Belanda “satu mata makna cukup besar” – Hafizh

1714

MESKIPUN hanya mengutip satu mata pada Grand Prix Belanda di litar Assen, semalam, ia memberi makna yang cukup besar kepada pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Grand Prix Belanda

Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 berkata, data yang diperolehi daripada perlumbaan di Assen diharap dapat membantunya serta pasukan meraih keputusan lebih baik pada Grand Prix Jerman, minggu depan.



“Kini kami akan cuba memperbaiki segala kelemahan dan memahami karakter jentera dengan lebih baik.

“Saya berharap dapat meraih pencapaian lebih baik pada perlumbaan minggu depan.

“Saya percaya ‘carbon swingarm’ yang diperolehi oleh Miguel Oliveira (rakan sepasukan) pada perlumbaan kali ini banyak membantunya”.

“Saya harap dapat menggunakan alat yang sama untuk pusingan seterusnya,” katanya.

Mengulas lanjut perlumbaan kelmarin, Hafizh mengakui mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik.Grand Prix Belanda

“Berbaki lapan pusingan terakhir, saya hilang cengkaman di belakang. Saya tidak pasti apa puncanya – Grand Prix Belanda

“Saya kecewa kerana yakin mampu merapatkan jurang dengan Pol Espargaro (KTM Factory Racing) dan mungkin mengatasi rakan sepasukan saya (Oliveira). Tapi inilah perlumbaan,” katanya.

Selepas lapan pusingan, Hafizh kini mengumpul tiga mata.

Tech3 adalah sebuah pasukan perlumbaan motosikal yang kini bersaing dalam MotoGP dan Kejohanan Dunia Moto2 di bawah nama Red Bull KTM Tech3 dan dalam Piala Dunia MotoE dengan nama Tech3 E-Racing.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here