Dato’ Aliff Syukri pun dah main Y-Suku!

6536

Usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Aliff Syukri Terlajak Laris terkenal dengan pelbagai ragam dan sensasi yang mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Terkini, dia dilihat telah membeli motosikal kapcai popular, Yamaha Y15ZR V2 atau juga dikenali sebagai Y-Suku.



Aliff Syukri mulanya telah memuat naik video di IGTV dengan kapsyen mengatakan “abg pantang di cabar.. ingat abg x mampu ke sajat beli wasuki?? now abg dah beli dan abang nak tmbah eksosori dan nak buat laju modofield kat @ggrmachine ni..”

Video itu menjana lebih 900,000 tontonan semasa artikel ini ditulis, dan angka itu dicatat hanya dalam masa lebih satu hari sahaja.

Kemudian, Dato’ Aliff Syukri memuatnaik satu lagi gambar di Instagramnya dengan kapsyen “my dream come true.. my yamaha wisuki dah sampai️ nak bagi laju dan tmbah eksosori dgn @ggrmachine @ @ggrmachine”.

Kali ini, gambar itu dilihat menampilkan sebuah motosikal Y-Suku lain berwarna merah gelap seperti maroon. Kami rasakan ini motosikal sebenar miliknya kerana ia memakai nombor pendaftaran AS 1.

Gambar ini juga telah mendapat hampir 63,000 Likes dalam masa 6 jam sahaja semasa artikel ini ditulis.

Macam-macam ye Dato’. Lepas ni boleh la berkawan dengan Zizan Razak dan Shuib Sepahtu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here