Nissan rancang henti 10,000 pekerja

1133

Nissan Motor Co Ltd merancang untuk memberhentikan lebih 10,000 pekerja sebagai usaha untuk memperkukuhkan operasi perniagaannya, demikian menurut sumber rapat yang mengetahui perkara itu.

Gergasi automotif Jepun itu kini berdepan situasi sukar dengan pergolakan yang berlaku dalam pengurusan syarikat.

Sumber itu berkata, pada Mei lalu, syarikat berkenaan sudah memberhentikan sejumlah 4,800 pekerja di seluruh dunia dan kebanyakannya membabitkan di kilang luar negara yang mencatatkan kadar penggunaan rendah.



“Perkara itu dijangka akan diumumkan pada keputusan kewangan syarikat,” katanya.

Bagaimanapun, Nissan enggan mengulas mengenai perkara itu.

Saham Nissan naik 0.9 peratus dalam dagangan pertengahan pagi ini.

Pemberhentian melebihi tujuh peratus daripada sejumlah 138,000 pekerja Nissaan seluruh dunia itu memperlihatkan kemelut yang dihadapi Ketua Eksekutifnya, Hiroto Saikawa. Yang turut berdepan dengan situasi tegang dengan rakan kongsi Perancis, Renault.

Perbalahan antara Nissan dan Renault berlaku berikutan penangkapan bekas Pengerusi dan peneraju Nissan, Carlos Ghosn atas dakwaan salah laku dan melanggar amanah.

Pada Mei, Nissan menjangkakan penurunan sebanyak 28 peratus dalam keuntungan operasi tahunan. Menambah kejatuhan 45 peratus pada tahun sebelumnya, sekali gus meletakkan pendapatan pembuat kereta itu paling lemah dalam tempoh 11 tahun.

Pada masa sama, Saikawa juga berusaha keras untuk meraih semula kepercayaan Renault yang merosot sejak beberapa bulan lalu.

Renault memiliki 43 peratus pegangan dalam pengeluar kereta Jepun itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here