Anda kini sudah boleh tempah BMW Z4 2019

1764

Setelah dipertonton beberapa bulan lepas semasa pelancaran BMW 3-Series, kini BMW Z4 dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Roadster itu dijual pada harga RM479,800 termasuk jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan, program servis berkala percuma dan jaminan tayar.

BMW Z4 serba baharu hadir dalam varian sDrive30i M Sport. Lebih panjang, tinggi dan lebar dari Z4 sebelumnya, dan kelebaran ini membantu ia memperoleh pengendalian lebih lincah dan stabil.



Gril depan “kidney grille” kini lebih besar dan rendah, diapit oleh sepasang lampu depan LED dengan tiub cahaya yang direka khas dengan corak heksagon.

Di belakang, terdapat lampu LED tiga-dimensi dan diintegrasikan dengan spoiler belakang. Rekaan di kawasan ini juga lebih rendah untuk memberikan imej lebih sporti.

Walaubagaimanapun, kapasiti kargo Z4 2019 ini ditingkatkan, bersama dengan ruang-ruang simpanan di dalam kabin yang lebih besar. Ruang kaki juga lebih luas.

Di bawah bonet panjang Z4 ini terletaknya enjin 2.0-liter turbo yang menawarkan 258hp dan tork puncak sebanyak 400Nm, didapati dari 1,550 hingga 4,400 rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan, membolehkannya memecut dari pegun ke 100km/j dalam 5.4 saat sahaja.

Selain itu, ia menerima suspensi yang dilaras khas, pakej suspensi M Sport dan stereng sport. Rekaan dalaman BMW Z4 baharu amat minimalistik, tetapi mewah dan mengutamakan pemandu.

Ia juga hadir dengan BMW Digital Key yang membolehkan pemandu membuka kunci kereta dengan telefon Android mereka (model terpilih) dan menghidupkan enjin dengan hanya meletak telefon di tempat wireless charging.

Empat warna ditawarkan iaitu San Francisco Red, Misano Blue, Black Sapphire dan Alpine White dengan kombinasi tiga warna berbeza untuk kabin.

Layari www.bmwbethefirst.com.my untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here