Bengkel bertaraf profesional dengan program Caltex Havoline AutoPro

1422

Chevron Malaysia Limited hari ini memperkenalkan secara rasmi program Caltex Havoline AutoPro. Program ini membawakan reputasi Caltex sebagai pengeluar minyak global kepada pelanggan dalam bentuk bengkel bertaraf profesional.

Program ini mensasarkan rakan niaga bengkel yang mahu mengembangkan perniagaan mereka dengan menawarkan servis bertaraf profesional dengan rangkaian produk Caltex Havoline.



Pelancaran ini dibuat di Osaga Service Centre, Kajang yang menjadi bengkel kedua menjadi rakan niaga yang menjalankan program ini. Bengkel pertama ialah Kian Ann Car Service Centre di Setapak.

Antara manfaat dari program ini termasuklah:

  • Kriteria fleksibel untuk bengkel-bengkel dengan jumlah sasaran rendah dan komitmen jangka pendek
  • Program menyeluruh merangkumi latihan, insentif dan dana pembangunan perniagaan
  • Standard imej yang dipertingkat

Rakan niaga terbaik juga akan menerima tawaran penjenamaan Caltex Havoline AutoPro penuh dan rangkaian produk Caltex Havoline dan Delo.

Chevron Malaysia mensasarkan untuk melantik 20 rakan niaga bengkel di zon tengah Semenanjung Malaysia menjelang hujung tahun ini sebelum mula mengembangkan ke zon lain serta Sabah dan Sarawak tahun depan.

Osaga Service Centre di Kajang menawarkan promosi istimewa sempena pelancaran program ini. 50 pelanggan yang melakukan servis di sini bermula 29 Julai 2019 akan mendapat upah percuma untuk penukaran minyak enjin Techron Concentrate Plus bernilai RM100, dan 50 lagi akan mendapat upah percuma untuk penukaran minyak enjin bernilai RM50.

Layari www.caltex.com/my untuk maklumat lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here