Proton Saga 2019 dilancar Selasa depan!

3837

Berita mengenai Proton Saga 2019 ini sudah kedengaran beberapa bulan, dengan penampakan unit prototaip yang melakukan ujian di beberapa lokasi. Namun kini kami telah dapat undangan rasmi, ia sah dilancarkan pada Selasa depan!

Model segmen-A ini akan bersaing secara terus dengan Perodua Bezza dan akan menampilkan beberapa peningkatan luaran dan dalaman.

Imej: The Ajerul

Peningkatan luaran termasuklah gril Infinite Weave yang menjadi identiti model-model terkini Proton. Ciri ini mula diperkenalkan pada Proton X70.



Seterusnya buat pertama kali, Proton Saga baharu akan mendapat lampu DRL jenis LED, manakala perubahan di belakang menampilkan tulisan PROTON yang menggantikan lencana seperti model sebelum ini.

Di dalam pula, Proton Saga 2019 akan menerima unit infotainmen baharu dengan skrin sesentuh. Kami jangkakan unit ini akan mendapat perisian GKUI seperti pada Persona dan Iriz 2019.

Kluster meter juga akan menerima grafik baharu yang dikatakan direka lebih jelas, sama pendekatan seperti Persona dan Iriz.

Dan paling penting dan paling kami tak sabar uji, ialah transmisi baharu iaitu automatik 4-kelajuan dari Hyundai Powertech yang akan menggantikan CVT. Sama-sama kita nantikan prestasinya nanti.

Dari segi harga, terdapat kemungkinan bahawa ia akan lebih rendah dari model sekarang kerana Persona dan Iriz juga mengalami penurunan harga. Mungkin bawah RM30,000?

Nantikan laporan kami Selasa depan!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here