Pengeluaran dan eksport komponen juga perlukan fokus – MITI

1551

Pengeluaran dan eksport komponen dan alat ganti automotif buatan Malaysia adalah sama penting dengan pengeluaran dan pengenalan kereta baharu, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking.

Imej: New Straits Times

Dia berkata sejajar dengan kebolehan pengeluaran kereta yang bertaraf tinggi, pengeluaran dan eksport komponen tempatan juga perlukan perkembangan yang sama.

“Ia mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia dalam rangkaian automotif dan ini merupakan elemen penting dalam menentukan produk akhir,” katanya.



Menurut Darell, komponen dan alat ganti merupakan sektor penting untuk menggalakkan pembangunan tempatan untuk sains, teknologi dan kejuruteraan, terutamanya bagi syarikat kecil dan sederhana (SME).

Ini kerana kepelbagaian dalam proses pembuatan, dan pelbagai peringkat kerja yang terlibat dalam penghasilan komponen dan alat ganti berbanding pemasangan kenderaan.

Dia turut menekankan kepentingan perkembangan yang berterusan untuk keupayaan industri automotif Malaysia untuk menerapkan trend dan arah terkini iaitu product mobiliti dan pemilikan.

Darell berkata kerajaan telah memperkukuhkan kapasiti pembekal alat ganti dan komponen di Malaysia, iaitu dengan menjalankan Lean Production System (LPS) dalam semua rangkaian pembuatan automotif. Program ini diformulasikan oleh Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii).

Untuk separuh pertama 2019, industri komponen dan alat ganti ini mencapai 52 peratus sasaran tahun ini, iait RM13 bilion yang ditetapkan pada awal tahun.

Sektor ini juga telah berkembang pesat sejak 2014, berkembang dari RM4.7 bilion kepada RM12.1 bilion pada 2018.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here