Kawasaki Z400SE ABS – Gaya Agresif

2027

Adakah berbaloi untuk memiliki Kawasaki Z400SE ABS? Bergaya agresif  serta memiliki apa yang ada pada siri keluaran Z. Pembaca boleh menilai pencerahan dari kami tentang motosikal ini.Kemudian fikirkan secara rasional.

Melihat dari gaya dan rupabentuk motosikal tidak banyak beza dengan Siri Z sebelumnya.

Adakah pereka sudah ketandusan idea?



Mungkin tidak, kerana Kawasaki Z 400 dengan reka bentuk Sugomi gaya “Streetfighter”.

Taraf Z 400 dan Ninja 400 adalah sama.Senang cerita dikategorikan adik beradik bagi kedua model ini cuma berbeza versi.

Dengan enjin berkembar empat lejang. menghasilkan bunyi yang cukup padat bagi jentera 45hp @ 8,500 rpm, dengan tork 28 ft / lbs pada t8000 rpm.

Pujian harus diberikan pada model Z 400 SE ABS. Respon dari pendikit cukup cepat sekali kuasa penghantarannya.

Tester berpeluang menguji model ini selama 3 hari.

Semasa sesi tunggang uji pada jarak jauh,Tester dapat rasakan betapa cepatnya kuasa yang dihasilkan hanya dalam beberapa saat sahaja.

Bercakap mengenai Klac Z 400, model dibekalkan dengan “Assist & Slipper Clutch”. Sistem klac cukup lembut.

Kawalan gear dengan sistem klac yang ada cukup mudah dan terasa enjin begitu ringan.Memadai hanya satu jari digunakan pada penuil klac.

Kawasaki Z400SE ABS dipadankan dengan ABS bagi memenuhi  keselamatan penunggang. Cakera brek depan berukuran 310mm.

Berat Z400 SE ABS ialah 165kg iaitu 3kg lebih ringan dari model Z 300.

Kabar gembira bagi mereka yang rendah dan juga penunggang wanita. Kusyen tempat duduk adalah rendah.Tiada lagi isu kesukaran bagi kedua belah kaki berpijak ke bumi.

Kedudukan menunggang yang agak tegak. teramat mudah bagi penunggang yang aktif mengawal terutama dari segi “Dinamik” serta menunggang secara “Sporty”.

Tester fikir berat motosikal mempengaruhi pengendalian, keseronokan menunggang Z 400 SE ABS  kerana ia mudah dikendalikan.

Kepada mereka yang mula berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi. Usah risau, suspensi depan 41mm teleskopik memberikan tindakan yang lebih selesa dan menyakinkan.

Dengan ciri-ciri positif tersebut,ianya adalah gaya agresif yang wujud pada keluarga Z.

Kepada yang berminat mahupun sedang mencari, Kawasaki Z 400SE ABS berbaloi serta menjimatkan dengan 14 liter kapasiti bahan api.

Harga mampu milik RM 28,755. Enjin dengan penyejukkan cecair , 4-lejang , DOHC ,8 injap dan 399 cm3, fuel inection serta 6 gear.

Kesimpulannya hasil tunggang uji selama 3 hari ialah semestinya tiada rungutan dari sesiapa yang menunggang.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here