Anak Jati British, Bradley Smith ganti SuperKIP – MotoGP British

1293

Peminat-peminat “SuperKIP” mungkin terkilan untuk melihat pelumba kesayangan mereka beraksi di MotoGP British pada hujung minggu ini. Khairul Idham Pawi yang lebih dikenali sebagai “SuperKIP” akan digantikan oleh Bradley Smith.

Insiden terhempas semasa ujian di Jerez pada mei lalu menyebabkan dia terlepas lapan pusingan perlumbaan Moto2 musim 2019.



Bradley Smith

“SuperKIP” yang menjalani pembedahan di tangan kanannya dan separa jari kecil terpaksa dipotong.

Sebelum ini, tempatnya dipenuhi oleh pelumba Itali, Mattia Pasini dan pelumba Jerman,Jonas Folger.

Khairul Idham Pawi terpaksa keluar dari litar semasa Perlumbaan di Czech,Brno.Kemunculan semula beliau menemui kegagalan apabila tangannya terasa sakit dan terpaksa di bedah kali ke 2.

Pembedahan kedua dilakukan di Barcelona bagi memasukkan skru ke dalam tulang jarinya.

Bradley Smith

Bradley Smith, yang kini berlumba di FIM Enel MotoE Piala Dunia 2019 merupakan anak kelahiran British.

Menurut Smith,”Secara jujur, ia akan menjadi agak aneh untuk beraksi dengan motosikal Moto2 untuk kali pertama sejak 2012.”

Kerana kejohanan itu telah banyak berubah. Saya mengikuti perubahan Moto2. Enjin yang  baru dan sedikit tork serta kuasa, tetapi ia akan menjadi sangat berbeza bagi saya, ” itu pengakuan Smith.

Walaupun perlumbaan MotoGP British boleh dianggap berlumba di kampung halaman sendiri,namun Smith perlu tonjolkan sesuatu demi nama baik pasukan serta imej dirinya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here