Adakah anda setuju jika Go-Jek dibawa ke Malaysia?

1240

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan aplikasi ride-hailing motosikal dari Indonesia, Go-Jek dibawa ke Malaysia.

Beliau berkata ianya usaha untuk membantu golongan penunggang motosikal. Ini kerana usaha kerajaan seperti beberapa program dan pembinaan litar lumba tidak mencukupi.



“Mereka mahu dibela, mereka mahukan pekerjaan. Ianya isu yang lebih mustahak,” katanya dalam sebuah video satu minit di Twitter.

Syed Saddiq berkata beliau berjaya membawa pengasas Go-Jek, Nadiem Makarim, yang ditemui beliau bulan lepas, untuk bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam (19 Ogos).

“Pembentangan itu diterima baik, dan kami akan membuat perbincangan lanjut dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu ini (21 Ogos),” katanya.

Dia berkata cadangan itu diharap dapat menjana ratusan ribu peluang pekerjaan untuk penunggang motosikal, selain membantu perniagaan dan usahawan kecil jika Go-Jek dibawa ke Malaysia.

Go-Jek ialah sebuah syarikat logistik berpengkalan di Jakarta, Indonesia dimana pengguna boleh menggunakan perkhidmatan mereka melalui aplikasi di telefon pintar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here