8 Hari Lagi – DIBW 2019

1498

Pejam celik-pejam celik tinggal 8 hari lagi acara DIBW 2019 diadakan. Satu acara perhimpunan motosikal terbesar yang menjanjikan kelainan.

1st Desaru International Bike Week (DIBW 2019) akan  bermula pada 13 hingga 16 Sept nanti,merupakan acara yang bakal menghimpunkan pemilik serta peminat motosikal dari dalam dan luar negara di Desaru.

NO COMPLAINTSNO DIFFERENCE. NO BOUNDARIES.



Tag line yang sinonim dengan acara yang di hidangkan buat pengunjung.Tag line yang menyantuni pelbagai jenis motosikal. Tag line yang bakal menyatukan pemilik motosikal tanpa ada batasan.

Promosi yang meluas ke seluruh Negara Asean telah di lakukan. Media eletronik,media cetak memainkan peranan dalam mempromosikan acara yang julung kali diadakan.

Sambutan dari sebahagian Bikers Di Kedah semasa Tim Promosi DIBW di Alor Setar

Promosi jelajah ke Seluruh Semenanjung serta di Borneo telah diadakan. Respon yang positif dari grup, kelab mahupun pemilik motosikal.

Tim Promosi DIBW di Brunei

Negeri Pulau Pinang merupakan penutup tirai siri jelajah promosi DIBW 2019 di semenanjung.

Penutup Tirai Siri Jelajah Promosi DIBW 2019 di Pulau Pinang

 

Siri jelajah promosi peringkat semenanjung dibahagikan mengikut zon bermula pada bulan Jun lalu.

Zon Selatan merupakan  yang terawal di kunjungi. Di ikuti dengan Zon Pantai Timur dan berakhir di Zon Utara.

Zon Selatan- Melaka-Lokasi pertama Jelajah Promosi DIBW

Penerangan dan penjelasan oleh tim promosi di setiap lokasi yang di kunjungi memberi kesan dan impak kepada pengunjung.

Buktinya hotel,rumah tumpangan sekitar Desaru habis di tempah. Situasi yang sama turut menular di daerah berdekatan sehingga ke Bandaraya Johor Bharu.

Tim Promosi DIBW ziarah OKU di Melaka

Tim promosi juga turut membuat kerja amal hampir disetiap lokasi yang disinggah. Melawat serta menderma kepada OKU,anak yatim dan juga sekolah tahfiz.

Tim Promosi di Kilang Pengedar motosikal KTNS – Pulau Pinang

Promosi DIBW 2019 juga mengadakan kunjungan kepada pengedar motosikal dan juga wakil pengedar  seperti KTM,Kawasaki,KTNS Benelli,BMW dan lain lagi.

Kelab dan grup dari luar negara iaitu Eropah,Thailand,Singapura,Brunei,Kemboja,Vietnam Filipina, Indonesia,New Zealand dan Amerika Syarikat antara yang akan turut hadir.

Acara yang bakal menghidangkan pengunjung di sepanjang 25km Pantai Desaru dengan trend terkini dalam pakaian, pelbagai jenis motosikal serta banyak lagi.

Luangkan waktu anda dan sertailah acara perhimpunan motosikal terbesar dalam sejarah di negara kita.

Acara yang anda tidak boleh ketinggalan.

Galeri:-

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here