Tebus mata ganjaran Mesra hanya di Setel

1356

Aplikasi penyelesaian e-pembayaran pembelian bahan api secara langsung melalui telefon mudah alih pertama di Malaysia, Setel – terus menaik taraf keselesaan buat pelanggan.

Pilihan penebusan minyak diperkenalkan melalui mata ganjaran Mesra.Setel memberi pengalaman pembelian bahan api yang mudah, lancar dan lengkap yang direka khas dan diintegrasikan terus ke pam bahan api.



Peningkatan fungsi penebusan mata ganjaran tersebut merupakan langkah lanjut Setel untuk mengintegrasikan aspek-aspek pengisian bahan api ke dalam satu platform tunggal. Dengan ciri baharu ini, ia sekali gus meningkatkan pengalaman dan keselesaan pelanggan di stesen Petronas.

Bagi penebusan mata ganjaran Mesra, pelanggan perlu memautkan dan mengaktifkan kad Mesra mereka di aplikasi Setel. Pelanggan boleh menebus RM1 untuk setiap 100 mata ganjaran yang akan ditambah kepada baki dompet aplikasi ini.

Nilai kredit itu boleh digunakan untuk membeli bahan api dengan serta-merta. Pelanggan boleh menetapkan mata ganjaran yang ingin ditukarkan kepada kredit untuk menebus bahan api pada bila-bila masa di stesen Petronas.

Pelanggan Petronas yang juga merupakan ahli Mesra akan menerima tiga mata ganjaran bagi setiap liter bahan api yang dibeli.

Ia merupakan kadar pertukaran yang tertinggi untuk program kesetiaan bahan api di Malaysia. Setel boleh didapati secara percuma daripada iOS dan Android melalui Apple Store dan Google Play. Kini, aplikasi ini boleh digunakan di 277 stesen PETRONAS di Lembah Klang.

Untuk senarai penuh stesen PETRONAS yang boleh menggunakan aplikasi ini, sila layari www.setel.my.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here