5 Ferrari paling mahal dan jarang ditemui

2603

Sesetengah kereta Ferrari dihasilkan dalam kuantiti yang sangat kecil. Justeru itu, terdapat 5 Ferrari paling mahal dan jarang ditemui menjadi cabaran untuk pengumpul dan ianya sudah tentu mempunyai harga yang sangat mahal.

Nama besar pengeluar Ferrari dilihat sangat eksklusif. Bukan hanya kerana ia kelihatan menarik, tetapi jumlah pengeluaran kereta Ferrari sangat terhad.



Mengenai harga? Sudah tentu ia sangat mahal. Bukan sekadar orang yang memiliki kereta ini. Harga belian sehinggalah kos penyelenggaraannya yang tinggi. Inilah 5 Ferrari paling mahal dan jarang ditemui.

  • Ferrari 250 GTO 1962

Ferrari 250 GTO 1962 dijual dengan harga USD 48.4 juta atau RM 202.6 juta. Hanya 36 unit daripada 250 GTO 1962 dihasilkan dan sangat istimewa. Racer Edoardo Lualdi-Gabardi memenangi Kejohanan GT Itali menggunakan 250 GTO pada tahun 1962.

  • 330 LMB Berlinetta 1963

Digunakan dalam pelbagai tempat perlumbaan dan menduduki tempat ke-5 dalam perlumbaan Le Mans pada tahun 1963, kereta ini dilelong semasa Minggu Kereta Monterey tahun ini. Terdapat hanya 4 unit 330 LMB Berlinette yang dihasilkan. Kereta ini dijual dengan harga USD 32 juta atau RM 134 juta.

  • 400 Superamerica SWB Coupe

Ferrari 400 Superamerica SWB Coupe Aerodinamico oleh Pininfarina 1961 adalah kereta orang kenamaan selepas perang dunia. Terdapat hanya 17 unit 400 Superamerica dibuat. Kereta ini sangat jarang ditemui dan masih misteri bagi sesiapa sahaja yang memiliki kereta ini.

  • 250 Testa Rossa 1957

Kereta ini mempunyai harga USD 39.8 juta atau RM166.8 juta pada tahun 2014. Kereta ini diperkenalkan oleh Ferrari semasa perlumbaan 24 jam Le Mans pada tahun 1957. Tetapi malangnya, kereta ini tidak menyertai perlumbaan kerana ia belum siap sepenuhnya.

Singkatnya, selepas perlumbaan berakhir, kereta ini disumbangkan ke Muzium Henry Ford berhampiran Detroit, Amerika Syarikat. Tetapi kemudiannya dijual kepada pengumpul John Hartley pada tahun 1997.

  • 365 P Berlinetta TRE

Kereta ini sangat jarang dan didambakan oleh pengumpul di seluruh dunia. Ferrari 365 P Berlinnetta mempunyai enjin 12 silinder dan mempunyai konfigurasi tempat duduk 3-penumpang di hadapan. Ia agak unik, tidak seperti kereta pada umumnya yang mempunyai tempat duduk dengan kapasiti 2 orang di depan.

Ferrari 365 P Berlinetta TRE Posti Speciale dilelong pada tahun 2014 oleh keluarga Chinetti. Tetapi tidak ada yang sanggup membayar sehingga USD 23.5 juta atau RM 98.5 juta  pada waktu itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here