Hafizh Syahrin kurang berpuas hati dengan prestasi jenteranya

2517

Walaupun kembali mengutip mata pada Grand Prix (GP) San Marino kelmarin, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin kurang berpuas hati dengan prestasi jenteranya.

Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu  berasakan mampu meraih keputusan lebih baik namun jentera miliknya agak perlahan sekali gus membataskannya untuk bersaing dengan kelompok depan.



“Saya tak tahu kenapa tetapi saya melalui situasi yang agak janggal dengan jentera sepanjang perlumbaan.

 

“Mohon maaf kepada rakan pasukan kerana saya tak dapat mempamer aksi lebih baik. Saya agak jauh ketinggalan di belakang dan berasakan sangat perlahan ketika berlumba.

“Saya tak dapat mengawal jentera dengan baik dan beberapa kali hilang kawalan,” katanya.

Bagaimanapun Hafizh yang bermula dari petak ke-20 mengakui kejayaan meraih satu mata selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 kelmarin meningkatkan semangatnya untuk mengharungi pusingan seterusnya di GP Aragon hujung minggu ini.

“Saya perlu terus bekerja keras. Kami cukup bermotivasi tinggi untuk meraih keputusan lebih baik minggu ini,” katanya.

Selepas 13 pusingan, Hafizh meraih tujuh mata.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here