Pusat servis Proton 3S terbaharu di Kuantan oleh Pesat Auto

3442

Pesat Auto CTB Sdn Bhd (Pesat Auto) secara rasmi membuka pusat servis proton 3S di Kuantan baru-baru ini. Terletak di jalan utama bandar Kuantan, pusat servis terbaharu ini dilengkapi 6 ruang servis, 4 kemudah pengangkat dan dengan bangunan seluas 750 meter persegi. Ia menelan belanja RM2.3 juta.

“Corak dan cara perniagaan telah berubah dengan keadaan masa. Pusat servis Proton akan menjadi platform yang membolehkan kami memenuhi permintaan pelanggan dan pada masa yang sama mengembangkan lagi pasaran pelanggan kami,” kata Tee Keh Hock, Pengarah Pesat Auto CTM Sdn Bhd.



Sementara itu, Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON berkata, “Apa yang kami cuba lakukan ialah memastikan pelanggan dapat merasai terus pengalaman PROTON sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke cawangan kami. Kami amat menitikberatkan khidmat pelanggan dan yang lebih penting, menangani apa sahaja isu secara profesional.”

“Kami faham bahawa memberi perhatian kepada pelanggan bukanlah satu pilihan tetapi ia adalah keutamaan. Semakin banyak kami memenuhi keperluan pelanggan, semakin kami dapat melayani dan menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

PROTON mengekalkan momentum jualannya yang kian meningkat. Pada bulan Ogos lalu, sebanyak 9,127 unit dijual di seluruh negara, dan pertumbuhan sebanyak 36 peratus dari tahun ke tahun, menjadikannya tertinggi antara lima jenama terkemuka di negara ini.

PROTON turut optimis mengenai jualan dan yakin akan akhiri tahun ini dengan angka yang lebih tinggi.

Sehingga kini, PROTON mempunyai 102 cawangan 3S dan 4S beroperasi di seluruh negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here