Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengutip mata : Adam Norrodin

1854

Pelumba Moto2 negara, Adam Norrodin mengakui bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengutip mata pada Grand Prix (GP) Jepun hujung minggu ini.

Meskipun masih gagal mempamerkan prestasi meyakinkan selepas tiga pusingan menggantikan rakan senegara, Khairul Idham Pawi masih belum pulih daripada kecederaan tangan kanan, Adam lebih berkeyakinan dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengutip mata untuk beraksi di Litar Twin Ring Motegi.



“Pada tahun pertama saya di Moto3, saya dapat beraksi dengan baik dan tidak mustahil untuk meraih keputusan yang baik juga pada tahun ini.

 

“Saya perlu kekal fokus sepanjang minggu ini dan mempelajari sebanyak mungkin perkara baru sebelum bersedia untuk turun berlumba,” katanya.

Jelas pelumba Petronas Sprinta Racing itu, tumpuan utamanya ketika ini adalah untuk mempersiapkan diri bagi Grand Prix (GP) Malaysia pada 3 November depan.

“Tetapi Jepun juga penting kerana banyak data baru yang akan kami perolehi.

“Sesi kelayakan terbaik saya ketika di Moto3 adalah di sini apabila meraih petak kesembilan. Saya berjaya mengutip mata pada tahun pertama dan hampir meraih podium pada tahun lalu.

“Banyak kenangan manis di GP Jepun dan saya harap dapat mengulanginya pada minggu ini,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here