Pasukan Renault dibatalkan penyertaan pada GP Jepun

1249

Dua pemandu Renault dibatalkan penyertaan pada GP Jepun yaitu Daniel Ricciardo dan Nico Hulkenberg selepas pasukan itu didakwa melanggar peraturan berkaitan brek, umum Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Ricciardo berada di kedudukan keenam sementara Hulkenberg di tempat ke-10 dalam perlumbaan di Suzuka pada 13 Oktober lalu sekali gus meragut sembilan mata dikutip pasukan Perancis itu.



“Tindakan Renault dibatalkan penyertaan pada GP Jepun dilakukan selepas bantahan oleh pasukan lawan, Racing Point,” kata FIA dalam satu kenyataan.

“Bantahan Racing Point dibuat kerana dakwaan melanggar peraturan yang ditetapkan Kod Sukan Antarabangsa FIA dan Peraturan Teknikal dan Sukan berkaitan sistem pelarasan brek.

Daniel Ricciardo dan Nico Hulkenberg

Lance Stroll dari Racing Point dan Daniil Kvyat dari Toro Rosso kini masing-masing di kedudukan kesembilan dan ke-10 di GP Jepun, dengan pemandu Ferrari, Charles Leclerc, Pierre Gasly ( Toro Rosso) dan Sergio Perez (Racing Point) membaiki kedudukan masing-masing berada di tempat keenam, ketujuh dan kelapan.

Renault kemudian berkata pasukan itu masih boleh melakukan rayuan terhadap keputusan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here