Kemalangan maut pada perlumbaan sokongan GP Malaysia

1470

Perlumbaan sokongan GP Malaysia, Asia Talent Cup berduka hari ini apabila seorang pesertanya Afridza Munandar disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan MotoGP, kemalangan membabitkan pelumba dari Indonesia itu berlaku di Selekoh 10 pusingan pertama Perlumbaan 1 sebelum bendera merah dikibarkan sejurus selepas insiden pada perlumbaan sokongan GP Malaysia itu.



Pelumba berusia 20 tahun itu pada awalnya menerima rawatan perubatan di tepi litar sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan helikopter namun Afridza tidak dapat diselamatkan.

Bagi musim ini, Afridza sudah meraih dua kemenangan, dua penamat di tempat kedua dan ketiga.

Pada pusingan terakhir musim di SIC itu, Afridza sedang bersaing sengit memburu penamat dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan.

Afridza sudah mengumpul 142 mata untuk berada di tangga ketiga keseluruhan dan ketinggalan 15 mata di belakang pelumba di tangga kedua, Sho Nishimura dari Jepun dan 27 mata di belakang pendahulu yang juga dari Jepun, Takuma Matsuyama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here