Rakyat Malaysia dinasihat tidak kunjungi selatan Thailand, ini sebabnya

1760

Pada anda yang bercadang untuk mengunjungi Thailand khususnya di bahagian selatan. Rakyat Malaysia dinasihat tidak kunjungi selatan Thailand dalam tempoh beberapa hari ini.


 
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, amaran rakyat Malaysia dinasihat tidak kunjungi selatan Thailand susulan serangan menyebabkan 15 kematian di wilayah Yala, Thailand, malam tadi.
 
Jelasnya, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat kecederaan atau kematian membabitkan rakyat negeri ini dalam serangan itu.

“Kita minta mereka berhati-hati dalam sehari dua ini.



“Kalau boleh elakkan ke selatan Thailand untuk keselamatan,” katanya menerusi Harian Metro.
 
Terdahulu, sekurang-kurangnya 15 individu terbunuh manakala empat sukarelawan pertahanan kampung cedera selepas puak pemisah disyaki menyerang pos kawalan keselamatan di selatan Thailand.
 
Serangan dianggap terbesar tahun ini di wilayah selatan Yala menggunakan bahan letupan dan paku bagi melambatkan pihak berkuasa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here