MINI Clubman 2019 bawa pelbagai ciri unik MINI Yours untuk naluri British dalam diri anda

2429

MINI Malaysia telah memperkenalkan MINI Clubman 2019 terbaharu, dengan sentuhan unik luar dan dalam dan beberapa pembaharuan lain.

Sebagai sebuah MINI, ia perlulah bergaya. Jadi gaya luaran MINI Clubman ini menampilkan elemen-elemen signatur jenama tersebut, contohnya bonet kubah, lampu hadapan yang membulat – dengan garis bentuk berwarna “Piano Black” – dan kontur heksagon pada komponen gril radiator yang diperbaharui, panjangnya kini meliputi keseluruhan komponen bampar.



Ia dilengkapi lampu LED untuk lampu utama depan dan lampu kabus, dengan lampu DRL LED berbentuk lingkaran bulat di sekeliling lampu utama.

Keunikan model Clubman ialah ciri hatchback 6-pintu yang tersendiri. Dua pintu but belakang ini adalah berkuasa elektrik, dengan kapasiti but 360 liter yang boleh ditingkatkan kepada 1,250 liter jika ditumbangkan tempat duduk belakang.

Pelengkap gaya luaran ini adalah rim terbaharu iaitu aloi ringan 18-inci dwi-tona British MINI Yours. Penawaran warna eksterior bagi MINI Clubman terbaharu meliputi warna merah (Indian Summer Red), hijau (British Racing Green), putih (Pepper White), kelabu (Thunder Grey), perak (Melting Silver) dan biru (Starlight Blue).

Tema unik MINI Yours diteruskan di bahagian dalam. Ia mendapat stereng balutan kulit MINI Yours Walknappa dan tempat duduk kulit MINI Yours Walknappa Leather Lounge Carbon Black. Tempat duduk ini juga dihiasi dengan corak Union Jack ikonik di penyandar kepala.

Ciri lain adalah lampu pencahayaan dalaman dengan warna Frozen Blue, corak sulaman aluminium dan hitam, serta label MINI Yours di tingkap sisi.

Untuk unit hiburan, MINI Clubman 2019 ini dilengkapi sistem navigasi MINI dengan skrin 6.5-inci, teknologi MINI Connected dengan SIM 4G. Ia juga merangkumi rangkaian pintar seperti MINI TeleServices, Panggilan Kecemasan Pintar, Concierge Services, Apple CarPlay, dan MINI Online.

Enjin

MINI Clubman ini dipacu oleh enjin 2.0-liter TwinPower Turbo yang sama pada Cooper S. Unit ini menghasilkan 192hp dan 280Nm tork dan pecutan ke 100km/j dalam 7.2 saat. Kelajuan maksima pula adalah 228km/j. Transmisi ialah automatik dwi-klac 7-kelajuan, dengan tuil gear elektronik.

MINI Clubman 2019 baharu ini dijual pada harga RM298,888 dan didatangkan dengan jaminan tanpa had perbatuan 4 tahun dan servis percuma.

Ia juga hadir dengan MINI Roadside Assistance, dan pembiayaan Balloon Financing daripada BMW Group Financing Malaysia. Pemilikan model ikonik ini bermula pada RM3,418 setiap bulan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here