KFC Drive-Thru sahaja pertama di dunia dibuka

3580

Selama bertahun-tahun, drive-thru atau pandu-lalu menjadi satu kemudahan dalam kita membeli makanan, terutamanya di restoran makanan segera. Walaubagaimanapun, KFC Australia nampaknya mahu meningkatkan lagi tahap kemudahan ini. Mereka telah membuka sebuah cawangan KFC Drive-Thru sahaja yang pertama di dunia.

Ya, tiada tempat parkir atau tempat duduk di dalam restoran, hanya pandu lalu dan beli.



Ia masih dalam fasa percubaan, dengan sistem itu dimulakan di Newcastle, New South Wales Australia. Lokasi kedua dijangka menyusul di South Australia.

Berbanding dengan restoran biasa yang mempunyai satu lorong pandu lalu, KFC Drive-Thru mempunyai lima lorong pandu lalu seperti di plaza tol. Kemudian, terdapat satu tempat mengambil makanan di depannya.

Untuk membuat pesanan melalui cawangan sistem baharu ini, pelanggan hanya perlu terlebih dahulu membuat pesanan di aplikasi KFC. Kemudian mereka boleh pandu ke cawangan itu bila-bila masa dalam hari yang sama.

Bila sampai, hanya masuk ke mana-mana lorong, “check-in” pesanan anda dengan kod QR dan tunggu hingga palang naik. Selepas itu anda boleh terus ke bangunan di depan untuk mengambil pesanan di tingkap seperti biasa.

Pelanggan juga boleh mengambil beberapa pesanan dengan sekali kutipan.

Untuk mereka yang lebih sukakan cara lama – walaupun menggunakan cawangan terbaharu yang terkini – mereka boleh membuat pesanan di laman web, dan hanya membuat bayaran semasa mengambil pesanan mereka.

Bolehkah sistem baharu ini hadir di cawangan-cawangan KFC lain seluruh dunia? Dan mungkinkah jenama makanan segera lain juga mengikutinya?

Apa pun, nampaknya KFC telah menjadi pelopor untuk aspek ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here