Kajian: Lebih separuh rakyat Malaysia tidak mahu lagi memiliki kereta

1416

Satu kajian dari Avis Budget Group – sebuah pembekal mobiliti – mendedahkan lebih dari separuh rakyat Malaysia (51%) dikatakan tidak berminat memiliki kereta dan rela bergantung kepada sewaan jangka masa panjang jika ia lebih mudah.

Ia juga mendedahkan bahawa populariti kereta akan kekal tinggi tetapi persepsi terhadap pemilikan kereta yang berubah.



Lebih dari 97% penduduk di Malaysia yang dibanci berkata kereta penting dan 67% berpendapat kereta masih cara pengangkutan yang ideal. Namun, lebih dari 51% berkata mereka tidak berminat memiliki kereta.

Tips beli kereta terpakai

Laporan yang bertajuk The Road Ahead: The Future of Mobility itu mengkaji bagaimana lanskap mobiliti seluruh dunia berubah, bagaimana keadaannya di masa depan dan bagaimana penduduk berlainan negara melihat perubahan ini.

Dalam laporan yang dijalankan di 16 buah negara Eropah dan Asia termasuk Malaysia, responden mendedahkan bahawa dalam 10 tahun akan datang, pengguna akan berubah ke arah model yang mudah diakses mengikut keperluan sebagai mod pengangkutan kegemaran mereka.

Satu faktor terbesar yang menjadi penyumbang kepada revolusi pengangkutan ini ialah teknologi, iaitu rangkaian 5G.

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah memulakan demonstrasi projek 5G seluruh negara yang menunjukkan bahawa ia dalam landasan menjadi negara pertama di Asia untuk memperkenalkannya.

Jika dijalankan, jumlah data yang besar dapat diakses membolehkan syarikat mobiliti mengumpul dan memperoleh data untuk kajian. Ini akan memudahkan mereka menyediakan dan menambahbaik pengalaman perjalanan.

Dari kajian sama, Avis Budget Group berkongsi bahawa 73% responden tidak kisah maklumat mereka diakses dan dikongsi untuk infrastruktur pintar dan pengalaman perjalanan lebih baik.

Lebih dari 4-per-5 (81%) responden juga menjangkakan memandu akan menjadi lebih mudah di masa akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here