Proton Saga keluaran pertama: Pemilik di UK puji kualiti

4256

Proton merupakan jenama kereta Malaysia yang sentiasa menjadi kebanggaan sejak dari tahun 80-an lagi. Proton Saga menjadi model pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985.

Proton Saga

Jentera ini diasaskan daripada sebuah model dari Mitsubishi, iaitu Mitsubishi Lancer Fiore. Jentera ini pertama kali dikeluarkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada bulan Januari tahun 1989.



Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif di negara kita. Sejak dari itulah jentera ini menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan proton. 

Varian Saga sangat popular di kalangan pemandu teksi kerana harganya yang murah serta kos penyelenggaraan yang rendah.

Bukan sahaja diedarkan di Malaysia, jentera ini juga menembusi pasaran luar negara termasuk di United Kingdom (UK) pada Mac 1989.

Jentera ini juga pernah digunakan dalam siri TV Eropah yang sangat popular di kalangan kita iaitu Mr. Bean. Jika anda pernah menonton salah satu daripada episod Mr Bean, pasti anda akan berasa kagum dan bangga kerana Proton Saga digunakan di dalam siri popular tersebut.

Walaupun telah dinaik taraf dengan rekaan dan ciri-ciri yang lebih moden, kereta pertama Malaysia ini masih lagi mempunyai peminat yang tersendiri bukan sahaja di Malaysia malahan di luar negara.

Buktinya dapat dilihat menerusi satu kiriman di Facebook Practical Classics yang memuat naik gambar Proton Saga dan memuji kualiti kenderaan tersebut.

Proton Saga

Lebih mengejutkan, komen di kiriman tersebut dihujani dengan penggemar kereta pertama Malaysia ini dari UK dan ada yang masih menyimpannya dalam keadaan baik.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here