FIM EWC dan FIA WTCR – Di Sepang

1868

Julung kalinya Kejohanan FIM Endurance World Championship (FIM EWC) dan FIA World Touring Car Cup (FIA WTCR) akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Barisan 8 buah kereta FIA WTCR dipertontonkan di Dataran Merdeka

Perlumbaan lasak dua roda dan empat roda diadakan pada 13-15 disember ini merupakan kali pertama di Negara kita dan juga pertama kalinya di Asia.

16 buah motosikal yang menyertai perarakan FIM EWC dan FIA WTRC

Satu perarakan melbatkan 8 buah kereta FIA WTCR dan enam belas buah motosikal FIM EWC telah di adakan bermula dari Menara Berkembar Petronas dan berakhir di bangunan Sultan Abdul Samad,Dataran Merdeka.



Deruman enjin kereta dan motosikal telah mengejutkan pengguna jalanraya di sepanjang laluan perarakan. Ianya merupakan pemandangan yang julung kali di pertontonkan kepada umum.

Terdahulu pihak Eurosport selaku penganjur menamakan hanya 50 pasukan yang akan menyertai kejohanan FIM EWC di Sepang.

Namun pengumuman pasukan ke 51 yang akan menyertai kejohanan tersebut telah dibuat sebelum perarakan bermula.Pasukan tersebut ialah dari Negara kita iaitu Sepang Racing Team.

Anak Malaysia yang akan menyertai perlumbaan Endurance 8 jam tanpa henti…..Hafiq Azmi,Zaqhwan Zaidi,Azlan Shah, Ahmad Danial Haikal,Farid Badrul dan Adam Norrodin

Sepang Racing Team yang akan menggunakan jentera BMW S1000RR dengan tiga pelumba yang berpengalaman di peringkat antarabangsa. Azlan Shah Kamaruzaman, Adam Norrodin dan Julien da Costa dari Perancis.

PACHI HKM RACING SPEED dan Sepang Racing Team, dua pasukan yang akan menguji keampuhan pelumba dari Malaysia bagi perlumbaan Endurance 8 jam tanpa henti.

Perbezaannya di sini tim PACHI HKM RACING SPEED semua penunggang adalah anak Malaysia. Iaitu Farid Badrul Hisham,Amirul Hafiq Azmi dan Ahmad Danial Haikal.

Hafizh Syahrin dengan motosikal yang akan digunakan di kejohanan FIM EWC

Sementara seorang lagi pelumba Negara Hafizh Syahrin akan menguji dirinya dalam dua perlumbaan berasingan iaitu FIM EWC 8 jam dan juga perlumbaan sulungnya di FIA WTCR .

Hyundai 130 N TCR  kereta yang akan di pandu oleh Hafizh Syahrin bersama rakan sepasukan Mitchell Cheah di bawah Hyundai Team Engstler.

Zaqhwan Zaidi,seorang lagi pelumba negara juga turut menyertai kejohanan FIM EWC. Beliau mewakili pasukan HONDA ASIA DREAM RACING.

FIM EWC dan FIA WTCR dua kejohanan yang terkini di adakan di Malaysia. Bersesuaian dengan matlamat SIC untuk membawa kejohanan dunia ke negara kita.

Bukan sekadar mengharumkan nama negara malah ianya juga memenuhi permintaan peminat motosikal yang dahagakan perlumbaan bertaraf dunia.

Selain itu juga ianya merupakan platform bagi anak Malaysia yang berbakat untuk mengambil bahagian serta bersaing di peringkat kelas dunia. Demikian ujar Dato’ Razlan Razali , Ketua Pegawai Eksekutif  Litar Antarabangsa Sepang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here