Toyota Supra melangkaui batas

1422

Beberapa hari yang lalu, sebuah Toyota Supra keluaran tahun 1994 telah dilelong di Bring a Tailer. Supra Twin Turbo 6-kelajuan itu ketika laporan oleh Jalopnik sedang dibida pada harga $90,000, bersamaan RM370,485.00.

Dan yang mengejutkan, ia berjaya dijual pada harga akhir $121,000 iaitu RM498,096.50. Gila! Ya, ia sebuah model ikonik oleh Toyota yang pernah menjadi kegilaan ramai (dan masih menjadi kegilaan). Tetapi jualan pada harga itu agak melampau bagi kami.



Sememangnya keadaan kereta itu masih sangat cantik. Transmisinya 6-kelajuan dan nilai perbatuan hanya 7,111 batu. Tetapi biar betul pembida-pembida ini semua. Ternyata ia sebuah Supra yang termahal pernah dijual. Ini jika anda menolak ke tepi sebentar hakikat bahawa ia pernah ditampilkan dalam filem The Fast and The Furious.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here