Instrumen meter eksklusif buat MM93

1606
Walaupun masih berbaki kira-kira tiga bulan lagi sebelum MotoGP 2019 membuka tirainya di Qatar pada 8 Mac depan, nampaknya setiap pelumba masih mencari talaan terbaik jentera masing-masing.
 
Paling mencuri tumpuan sudah pasti pasukan Repsol Honda yang membariskan dua juara dunia, Jorge Lorenzo dan Marc Marquez. Kini mereka akan bersaing sesama sendiri di bawah satu bumbung.
 
Ketika sedang asyik menguji jentera masing-masing, lensa tertarik pada panel instrumen jentera milik Marquez yang berwarna-warni.
 
Honda RC213V ditunggang pelumba berusia 26 tahun itu kelihatan sangat eksklusif.
Paparan digital menunjukkan meter RPM dan beberapa penunjuk (indicator) lain dalam warna yang unik seperti merah, biru, hijau dan kuning.
 
Sudah pasti emblem tertera ‘MM93’ kelihatan sangat menyerlah dan pastinya meter ini tidak dikongsi bersama rakan sepasukannya, Lorenzo.
 
Sebenarnya, Honda sudah lama menerapkan meter berwarna dalam motosikal komersialnya.
 
Contoh paling hampir adalah skuter Vario 150 yang menampilkan paparan meter yang menarik.
 
Dalam sesi ujian di Litar Jerez, baru-baru ini, Marquez dilihat masih mencari ‘setting’ dengan jentera versi 2019 menggunakan pelbagai versi enjin dan casis.
 
Keseluruhannya, pasukan oren ini masih gagal menguasai litar apabila hanya sekadar menduduki tempat kedua terpantas di belakang pelumba LCR Honda Idemitsu, Takaaki Nakagami dengan perbezaan 0.025 saat.
 
 
Ya, jentera terpantas masih kekal milik jenama Honda apabila Nakagami mencatatkan masa terpantas 1: 37.945 pada sesi berkenaan.
 
Tetapi jangan melatah terlalu awal, difahamkan pasukan Repsol Honda mendakwa ujian berkenaan hanya memfokuskan keupayaan sistem elektronik motosikal, bukan enjin atau kepantasan jentera.
 
Mungkin dalam masa terdekat, meraka akan menguji enjin dan casis yang terbaik untuk mencabar seteru mereka iaitu Yamaha.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here