Pengecasan BMW i di BSC diperkenal oleh BMW

1969

BMW Group Malaysia membuka halaman tahun baharu 2019 dengan pengenalan enam fasiliti pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre (BSC). Ia menunjukkan inisiatif syarikat premium itu untuk memupuk peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik.

Pengenalan pengecasan BMW i ini juga merupakan susulan daripada pengenalan infrastruktur serupa di Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Iconic Hotel di Pulau Pinang serta WEIL Hotel di Ipoh tahun lalu.



Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC juga memberikan akses kepada fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsi yang lain seperti ChargEV dan ia membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan yang terletak dalam rangkaian ChargEV yang kian berkembang di seluruh negara.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Tahun 2018 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi BMW Group di peringkat global dan kami telah mencerminkannya di sini dengan satu lagi rekod baharu untuk tahun yang kelapan secara berturut-turut dengan penyerahan 14,338 unit kenderaan.

Dengan rekod itu, ia melambangkan peningkatan sebanyak 13% dan angka ini merupakan yang tertinggi dalam segmen pasaran seumpamanya. Pencapaian ini juga memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran utama di rantau ini bagi BMW Group, dan kami berbesar hati untuk menggarap kejayaan tersebut.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here