Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD dan HR-V RS dengan lebih dekat

185

Honda HR-V Sport Hybrid dan HR-V RS telah berada dalam pasaran sejak sebulan lepas. Hari ini, kedua-dua varian ditayangkan untuk dilihat dengan lebih dekat.

HR-V RS mula membuat kemunculan umum di KL International Motor Show (KLIMS) 2018. HR-V Sport Hybrid pula merupakan model terkini dalam rangkaian Sport Hybrid i-DCD Honda. Malaysia juga merupakan satu-satunya negara selain Jepun yang ada varian hibrid ini.

Enjin dan transmisi

Honda HR-V RS dipacu oleh enjin 1.8-liter sedia ada. Enjin ini berkuasa 142 PS dan 172 Nm tork dan dipadan dengan transmisi CVT Earth Dreams. Ia juga menerima ciri baharu iaitu stereng Variable Gear Ratio (VGR).

Honda HR-V Sport Hybrid pula menggunakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC dengan suntikan terus bahan api. Untuk memastikan ia mempunyai prestasi dan penjimatan yang baik, enjin itu dipadan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan dan Integrated High Power Motor.

Motor itu dibantu oleh bateri lithium-ion berkuasa tinggi dan gabungan ini dikatakan mampu memberi pecutan seperti enjin 2.0-liter.

Jumlah kuasa dari enjin pembakaran dalaman dengan sistem hibrid ini adalah 152 PS dan 190 Nm tork.

Sistem hibrid ini juga merangkumi sistem brek berservo elektrik untuk penjanaan semula tenaga. Sistem pengdingin hawa pula menggunakan kompresor elektrik.

Luaran

HR-V RS mendapat kelengkapan agak tinggi seperti lampu automatik LED dengan DRL, gril depan baharu, bampar depan dan belakang dengan kemasan hitam, dan rim aloi dua tona 18-inci.

Lima warna pilihan untuk HR-V RS; Passion Red Pearl, White Orchid Pearl, Ruse Black Metallic, Lunar Silver Metallic dan Modern Steel Metallic.

HR-V Sport Hybrid pula dilengkapi lampu depan halogen, lampu kabus jenis mentol, bar hitam di muka depan, bampar belakang hitam serta rim 17-inci.

Tiga pilihan warna untuk HR-V Sport Hybrid; White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic dan Modern Silver Metallic.

Dalaman

Kabin Honda HR-V RS dibaluti kemasan kulit Ivory untuk tempat duduk, konsol tengah dan papan pemukanya.  

Untuk Honda HR-V Sport Hybrid pula, kemasan dalamannya ialah kulit berwarna hitam. Ciri lain yang unik untuk varian Sport Hybrid adalah 3D Illuminated Meter Cluster Multi-Info Display, Shift by Wire dan Sport Mode.

Ciri praktikal dan keselamatan

Honda HR-V menampilkan Multi-Utility Cargo Space menjadikannya model dengan ruang kabin terbesar dalam kelasnya.

Ciri lain termasuklah kamera undur pelbagai sudut, Honda LaneWatch (RS sahaja), cruise control serta paddle-shifter. Ciri keselamatan pula adalah enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HAS) dan ISOFIX.

Harga untuk setiap varian:

 

HR-V RS – RM124,800

HR-V Sport Hybrid – RM120,800

 

Komen anda mungkin membantu