BMW X3 M dan X4 M 2019 kini sedia beraksi

354

Dalam jenama premium, segmen SUV kompak prestasi semakin hangat. Dengan Mercedes-AMG GLC 63, Jaguar F-Pace SVR dan Porsche Macan Turbo, kini giliran Munich untuk menghantar wakil mereka.

BMW telah menyiarkan foto dan video BMW X3 M dan X4 M baru-baru ini. Ia datang dengan kemas kini yang meningkatkan prestasi dan imej kenderaan itu.

BMW X3 M F97 dan X4 M F98 kedua-duanya diberikan enjin baharu 3.0-liter turbo berkembar dengan enam silinder sebaris. Enjin ini dilengkapi rekaan dek bertutup, Valvetronic, Double VANOS dan intercooler.

 

Ini menghasilkan angka 480 hp dan 600 Nm tork – peningkatan sebanyak 55 hp dan 50 Nm tork. Transmisi pula ialah automatik torque-converter 8-kelajuan M Steptronic. Kedua-dua kereta mampu memecut dari pegun ke 100 km/j dalan 4.2 saat.

Tidak cukup lagi? Maka versi Competition sesuai untuk anda. Versi ini boleh didatangkan dengan X3 M dan X4 M. Kuasa ditingkatkan ke 510 hp dan pecutan 0-100 km/j kini hanya 4.1 saat. Terdapat juga M Driver’s Package yang meningkatkan kelajuan maksima ke 285 km/j.

Untuk memaksimakan potensi kuasa dihantar ke permukaan jalan, X3 M dan X4 M menggunakan pacuan semua roda M xDrive seperti pada M5. Sistem ini mempunyai kecenderungan kuasa ke gandar belakang.

Casis dan suspensi

 

Di bawah “kulit”nya, kedua-dua kenderaan mendapat suspensi dengan kinematik dan elastokinematik yang dipertingkat untuk lebih kestabilan. Terdapat juga lengan camber lebih keras dan rubber mounts dari M.

Selain itu, kedua-kedua SUV sports ini didatangkan dengan stereng kuasa M Servotronic serta brek M dengan cakera 395 mm di depan dan 370 mm di belakang.

Luaran

Untuk setara dengan peningkatan prestasi, penggayaan luaran adalah lebih agresif. Terdapat ruang kemasukan udara lebih besar untuk radiator serta gril M. Selain itu, cermin sisi juga lebih aerodinamik, spoiler dan ekzos quad empat lubang.

Model Competition mendapat gril, cermin sisi dan lubang udara hitam. Terdapat juga pakej M Carbon yang merangkumi komponen-komponen luaran jenis gentian karbon.

X3 M dan X4 M dipasang dengan rim 20-inci V-spoke Orbit Grey dengan tayar run-flat, manakala versi Competition memakai rim 21-inci Jet Black.

Dalaman

Di dalam kabin, kemasan M diteruskan dengan roda stereng sport, butang M Drive merah dan paparan instrumen M. Tempat duduk pula adalah jenis kulit Vernasca dan terdapat pilihan tempat duduk sports M.

Lazat!

 

Komen anda mungkin membantu