Petronas Sprinta lancar bengkel motosikal bergerak

2534

PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melancarkan satu unit bengkel motosikal bergerak yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Bengkel bergerak berasaskan konsep cepat dan santai serta menggunakan khidmat teknikal professional ini akan menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk memberi khidmat penukaran minyak pelincir PETRONAS Sprinta kepada penunggang motosikal.



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal
Abidin berkata, bengkel motosikal bergerak yang diubah suai dari kontena 20 kaki itu diberi suntikan imej yang ‘trendy’ dan bergaya agar penunggang motosikal dapat menikmati suasana santai sementara menunggu enjin motosikal mereka ditukar dengan minyak pelincir.

“Konsep yang kami paparkan ini akan memberi kemudahan dan pengalaman baru bagi
penunggang motosikal kerana proses penukaran minyak pelincir akan menjadi lebih cepat
dan lancar.

“Secara puratanya, proses ini akan mengambil masa hanya lapan minit dari mula
hingga akhir bagi motosikal berkapasiti rendah dan sederhana”, katanya ketika upacara
pelancaran servis bergerak ini,” katanya.

Pada acara yang sama, bertepatan dengan musim baru MotoGP™, PETRONAS juga melancarkan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019”. Peraduan yang bermula dari 11 Mac hingga 30 September 2019 ini.

Ia bakal menyediakan hadiah bernilai lebih RM300,000 termasuk hadiah utama berupa sebuah motosikal kuasa tinggi YAMAHA R6 yang ditukar wajah seperti pasukan MotoGP™ PETRONAS YAMAHA SRT.

Di samping itu, PETRONAS turut menyediakan hadiah kedua iaitu motosikal YAMAHA R25 dan hadiah bulanan motosikal YAMAHA Y15ZR.

Pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif beserta barangan premium PETRONAS Sprinta sepanjang bengkel ini beroperasi kerana PETRONAS juga akan membuat promosi dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenai jadual bengkel motosikal bergerak PETRONAS Sprinta dan
peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019” boleh didapati dengan melayari laman media sosial PETRONAS Brands dan www.mymesra.com.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here