Pelancaran Motosikal Zontes Di Malaysia

4067

Secara rasminya motosikal jenama ZONTES telah memasuki pasaran Malaysia.Majlis pelancaran serta memperkenalkan model Zontes telah berlangsung di Toufelin,ONE CITY,Puchong Gateway.

Motoqar pernah menyiarkan artikel akan kemunculan motosikal Zontes .Dan kini siapa pengedar Zontes di Malaysia telah terjawab.Kehadiran motosikal Zontes jelas bakal mengugat pesaing yang lain di segmen Adventure,Sport Touring dan Naked Sport.



Zontes Malaysia merupakan pengedar baru di pasaran malaysia.

Inovasi, teknologi terkini dan prestasi terbaik.Itu yang dititikberatkan serta tumpuan utama motosikal keluaran jenama ini.

Motosikal Zontes merupakan segmen lightweight terkini dibawa masuk ke negara kita.

Jenama ini memenuhi permintaan untuk motorsikal yang merangkumi prestasi,inovasi,teknoloji,gaya,kualiti,keselesaan,aksesibiliti serta praktikal dengan harga yang kompetitif.

Model motosikal ini juga amat praktikal dalam pelbagai situasi tunggangan.

Terdapat 4 Model Zontes yang dibawa masuk ke pasaran negara kita iaitu:-

1) ZT310-T

ZT310-T

Adalah salah satu motosikal Adventure. Ciri-ciri yang membezakan termasuk windscreenyang boleh dinaik turun menggunakan suis, pengawal tangan, mudguard yang tinggi dan bar perlindungan.Juga di lengkapi dengan kotak pannier dan kotak atas(top box).

ZT310-T boleh di dapati dengan harga Rm22.800 (tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran).

2) ZT310-R

ZT310-R

Adalah motosikal Naked Sport di dalam barisan yang di bawa masuk.Naked sport ini bergaya berani dan extrovet.

Paling ketara adalah lampu depan yang agresif, lampu belakang dan pelindung enjin di bawah(belly pan).Lampu depan yang digabungkan dengan pelindung radiator memberi kesan futuristik yang luar biasa dari depan.

ZT310-R boleh didapati dengan harga Rm19.800 (tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran).

3) ZT310-X

ZT310-X

Adalah model Sport Adventure dari rangkaian model 310.Mempunyai cermin depan aerodinamik, fairing penuh dan pemegang kerusi penumpang. Bar pemegang yang dipasang memberikan kedudukan menunggang yang semula jadi dan selesa.Ini teramat mustahak bagi perjalanan yang jauh.

ZT310-X boleh didapati dengan harga Rm20.800(tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran).

4.) ZT310-X-GP

ZT310-X-GP

Adalah ciri Sporty grafik yang mudah dan  pasti akan menarik minat kepada orang ramai.Model ini berkongsi ciri-ciri dengan model ZT310-X.

ZT310-X-GP boleh didapati dengan harga Rm21.600(tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran)

Jenama ini adalah salah satu daripada jenama yang dihasilkan oleh Techno Motorcycle Guandong Tayo Co.Ltd.Perusahaan itu adalah usahasama Sino dan pelabur luar,ditubuhkan pada tahun 2003.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here