[VIDEO] 7 kenderaan “Transformers” yang mungkin anda tak pernah tahu

1956

Manusia sentiasa memikirkan teknologi dan inovasi baharu untuk memudahkan kehidupan seharian. Teknologi-teknologi juga boleh dijadikan sebagai konsep yang mempersembahkan idea produk masa depan.

Di sini kami senaraikan tujuh kenderaan yang boleh bertukar atau mempunyai lebih dari satu fungsi biasa.

1. AeroMobil 3.0



AeroMobil 3.0 ialah satu contoh idea yang dicanangkan oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan baru-baru ini, iaitu kereta terbang.

AeroMobil boleh berfungsi sebagai kereta biasa dan bertukar menjadi sebuah pesawat dan berlepas di landasan awam mengikut peraturan penerbangan biasa.

2. The Hum Rider

Anda selalu tertekan dengan kesesakan jalan raya? The Hum Rider mungkin boleh memberi solusi kepada anda.

Berasaskan Jeep Grand Cherokee, Hum Rider menambah pelantar bawah yang boleh dinaikkan sekaligus membolehkan Jeep ini dipandu “di atas” kenderaan lain di hadapannya.

3. Letrons

Letrons paling dekat dengan Autobots dari filem Transformers. Sekali pandang, nampak seperti BMW 3-Series E92 Coupe biasa.

Namun ia mampu bertukar menjadi sebuah robot sebenar bersaiz penuh. Tidak pasti jika ia mempunyai sebarang kegunaan, tetapi robot Letrons boleh berfungsi seperti menggerakkan kepala, tangan dan jarinya.

4. Wild Fennec Prototype Defender

Wild Fennec ialah sebuah Land Rover Defender seperti varian camper dengan kanopi belakang. Tetapi ia mampu menaikkan kanopi ini untuk memberikan ruang dalaman lebih luas. Sesuai untuk berkelah hujung minggu!

5. Doubleback VW Camper

VW Camper klasik yang asal mempunyai varian yang boleh dinaikkan bumbungnya untuk ruang lebih luas. Doubleback VW Camper ini pula menggunakan teknologi terkini pada Camper terkini untuk memberikan ia bertukar kepada versi panjang dan luas dengan lebih berkesan dan mudah.

6. Mercedes VARIO Alkoven 1200

Mercedes VARIO Alkoven 1200 ini boleh dikatakan ibarat rumah bergerak. Ia menggunakan platform trak Mercedes Actros, tetapi ruang belakangnya ialah sebuah camper atau RV.

Ia mempunyai ruang dalaman mewah dan selesa seperti sebuah rumah dan ruang simpanan untuk kereta bersaiz seperti Mini Cooper. Memang tak perlu rumah dah ni!

7. EO Smart Connecting Car

Kereta Smart direka untuk dipandu di bandar-bandar besar dengan jalan sempit dan parking terhad. Model EO Smart Connecting Car ini mempunyai sistem stereng empat roda yang membolehkan ia membelok di tempat yang sangat sempit.

Malah, ia boleh dikonfigurasi untuk berpusing setempat dan bergerak ke tepi! Disebabkan sistem roda yang kompleks di bawah kereta, EO Smart ini tiada pintu. Sebaliknya, pemandu dan penumpang masuk melalui cermin depan yang boleh dibuka seperti pintu.

Tonton video di bawah oleh Thansis1997. Video ini telah mendapat 90 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Mana satu antara tujuh konsep ini yang anda suka?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here