Kereta terbang buatan Malaysia pada 2020

5791

Dijangka akan didedahkan prototaip kereta terbang buatan Malaysia pada 2020 kepada umum pada tahun ini. Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata prototaip yang akan dibangunkan dengan teknologi tempatan sepenuhnya itu sudah ada.

Terrafugia TF-X. Imej: Terrafugia

 

“Tahun ini ialah sasaran yang realistik kerana kita sudah ada teknologinya. Yang tinggal hanya berapa cepat kita mahu hasilkan,” katanya.



Redzuan berkata kereta itu akan mampu terbang di ketinggian dan kelajuan yang selamat.

“Prototaip itu akan menelan kos kira-kira RM1 juta untuk dibina.

“Melalui projek kereta terbang ini, kerajaan mahu mewujudkan situasi yang menggalakkan orang ramai untuk mencetuskan idea teknologi baharu.”

Menurut Mohd Redzuan lagi, projek ini akan memanfaatkan keupayaan negara dalam aeroangkasa, drone, unmanned aerial vehicle (UAV) dan sector automotif.

Redzuan juga berkata bahawa projek ini adalah projek berasingan dari kereta nasional ketiga yang diwawasankan oleh Perdana Menteri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here