Cik Epal hadiahkan suami kereta Ford Mustang

267

Dapat memiliki kereta idaman pastinya suatu pencapaian dan detik penting dalam hidup seseorang. Tetapi apa yang lebih bermakna, jika kereta idaman itu hadiah dari insan tersayang. Begitulah yang terjadi kepada suami Cik Epal, blogger dan usahawan terkenal baru-baru ini. Dia dihadiahkan sebuah Ford Mustang oleh isterinya. Dengar cerita, siap beli cash lagi tu!

Cik Epal hadiahkan suami kereta Ford Mustang

Menurut usahawan produk Fair Fit itu, dia ingin membalas jasa suaminya yang sebelum ini tidak berkira apabila berbelanja dengannya.

Hadiah Ford Mustang dari isteri
Hadiah Ford Mustang dari isteri

Saat yang diabadikan dalam video itu telah tular dan telah menerima lebih 44 ribu jumlah tontonan di saat artikel ini ditulis.

Mungkin para suami di luar sana juga boleh contohi suami Cik Epal ini, berbelanjalah untuk isteri anda dan jangan berkira.

“Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia.

“Kalau dia layan aku macam QUEEN, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING. 

“Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai,” tulis Cik Epal yang kini sedang mengandung anak kedua. 

Untung nasib badan. Penulis nak beli Ford Mustang model skala 1:18 dari Auto Art pun dah nak kena korek-korek tabung. Haishh…

Komen anda mungkin membantu